Friday, 16 June 2017

Filled Under:

Hotel Macam Gunung Berapi


 Bangunan yang pelik ini kelihatan seperti bangunan dalam filem-filem fantasi bukan?

Inilah La Montana Magica Lodge, sebuah penginapan berbentuk unik yang terletak di Huilo-Hulio, Chile. Tempatnya di tengah hutan seluas 20,000 hektar, termasuk dalam kawasan pemuliharaan yang dilindungi oleh UNESCO.

La Montana Magica yang bererti 'gunung ajaib' ini merupakan salah satu hotel paling unik di Amerika Selatan.

Bangunan hotel ini berbentuk seperti gunung berapi, penuh dengan magma yang mengalir dari kemuncaknya. Hanya saja yang mengalir dari puncak hotel ini hanya air, bukan lava .

Namun seni bina unik tersebut memberikan La Montana Magica penampilan seperti rumah dalam dongeng.












0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs