Tuesday, 27 June 2017

Filled Under:

Inilah Beg Tangan Wanita Tertua di Dunia.


Sebuah beg tangan wanita mungkin umurnya tidak akan boleh bertahan lebih dari 10 tahun . Namun sepertinya hal tersebut harus dipertikaikan dengan penemuan sebuah beg vintage yang dikategori sebagai beg tangan wanita tertua di dunia .

Sebuah muzium   bernama Courtauld Gallery di London baru - baru ini mempamerkan beg tangan yang diyakini menjadi tertua di dunia . Sebab-sebab beg tangan yang berasal dari bandar Mosul di Iraq Utara ini dibuat pada awal tahun 1300 atau bermakna sudah berusia 700 tahun ketika ini .

Beg yang masuk kategori clutch ini memang pantas dipamerkan di muzium sebagai salah satu penemuan bersejarah . Beg ini diperbuat daripada logam mewah yang kelihatan seperti campuran emas dan perak . Selain itu motifnya juga menceritakan sebuah peristiwa penting di masa itu .

Dalam gambar motifnya menunjukkan sebuah adegan rombongan istana yang sedang menyantap makanan dengan dikelilingi tentera dari Mongolia . Selain itu juga ada sebuah gambar wanita yang duduk sambil bermain kecapi . Secara keseluruhan beg ini mempunyai nilai seni yang tinggi terlihat dari motifnya yang sangat rumit .

Beg ini mulanya adalah milik dari seorang koletor bernama Victoria Thomas Gambier Parry . Namun baru - baru ini Victoria memutuskan untuk mempamerkan salah satu koleksi kebanggaannya tersebut kepada muzium di Iondon untuk dipamerkan . Kini beg tersebut menjadi salah satu koleksi dari muzium yang mengundang  rasa kagum dari para pengunjung .

" Beg Tangan ini merupakan contoh yang paling indah dari tukang  logam emas dan perak dari Iraq utara . Selain itu motifnya yang dihiasi dengan adegan rumit cerita kehidupan istana tentu membuatnya menjadi berharga , " kata Rachel Ward , salah seorang pengunjung di muzium tersebut .







0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs