Sunday, 2 July 2017

Filled Under:

Arnab Punyai Bulu Paling Panjang


Arnab terkenal mempunyai bentuk yang lucu dan bulu yang halus. Dengan keistimewaannya itu tidak hairan jika ramai orang suka untuk dijadikan haiwan peliharaan.

Begitu juga yang dilakukan seorang wanita bernama Betty Chu ini. Selama hampir 34 tahun, wanita ini mengabdikan dirinya untuk membuat sebuah ladang yang menghasilkan arnab-arnab yang berkualiti.



Bahkan salah satu peliharaannya yang bernama Franchesca berjaya memenangi anugerah kelas dunia sebagai arnab dengan bulu terpanjang. Franchesca merupakan arnab berjenis English Angora yang mempunyai bulu mencapai 15 inci.



Betty mengungkap tidak mudah untuk merawat arnab hingga boleh menghasilkan bulu yang sedemikian tebal. Bulu yang bagus juga hanya boleh didapatkan dari gen yang tepat.

Bahkan, demi mengurusi ladang arnabnya itu, Betty belum pernah berehat satu hari pun sejak 1992. Setiap harinya ia menghabiskan masa 8-12 jam hanya untuk merawat dan mendandani arnab-arnabnya.




0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs