Sunday, 16 July 2017

Filled Under:

Sengaja Masuk Cawan DalamDubur.



Seorang lelaki di sini terpaksa menjalani pembedahan kecemasan di hospital selepas satu cawan kaca termasuk ke dalam duburnya sebelum pecah.

Lelaki yang tidak dinamakan itu dipercayai khayal selepas mengambil dadah sebelum dengan sengaja memasukkan cawan sepanjang 8 sentimeter ke dalam duburnya.

Bagaimanapun, apabila dia cuba mengeluarkan semula cawan itu, ia pecah dan tersangkut di dalam duburnya.

Lelaki itu hanya pergi ke hospital dua hari kemudian kerana bimbang dengan keselamatannya walaupun tidak berasa sakit.

Doktor yang membuat imbasan X-ray terkejut melihat kehadiran objek seperti cawan di dalam dubur lelaki itu dan terus menjalankan pembedahan kecemasan.

Pembedahan selama beberapa jam itu berjaya mengeluarkan semua serpihan kaca di dalam dubur lelaki berkenaan.

Doktor pada mulanya menawarkan bantuan rawatan psikiatrik tetapi lelaki itu menolak dan dia dibenarkan pulang sehari selepas itu.

Doktor memberitahu, lelaki itu bernasib baik kerana kaca yang pecah tidak mencederakan organ dalamannya yang boleh menyebabkan dia maut akibat kehilangan darah. - hmetro.com.my





0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs