Wednesday 4 October 2017
Filled Under:
unik dan pelik
Ada Rel Keretapi Tersembunyi di Dalam Hutan
Posted By:
zamri spoon
on 22:00
Tidak ada siapa yang tahu apa yang tersembunyi di sebuah hutan di Needham, Boston, Amerika Syarikat. Jauh dari kesibukan dan hiruk pikuk bandar tersimpan sebuah miniatur model kereta api yang belum diketahui orang.
Miniatur yang diberi nama Martini Junction tersebut walaupun mempunyai landasan sepanjang 120 kaki atau sekitar 36 meter yang melalui pokok-pokok dalam hutan. Miniatur railway itu juga mempunyai lokomotif-lokomotif kecil, terowong hingga stesen pemberhentian kereta.
Martini Junction merupakan miniatur railway yang dibuat oleh seorang jurutera bernama Jim Metcalf. Pada awal tahun 2000, Jim yang telah bersara merancang dan membina miniatur tersebut bersama isteri, Evelyyan.
Jim mengaku, ia bersama Evelyn membuat Martini Junction untuk menikmati masa tua mereka dan bercuti bersama di lokasi dibuatnya miniatur kereta api itu. Ia bahkan membina sebuah empangan kecil di sungai yang mengarah ke air terjun kecil agar mereka boleh mendengar suara gemericik air sambil bersantai.
Dikutip dari Amusing Planet, Martini Junction dibuat kerana terinspirasi pada mainan yang dibelikan Jim Metcalf untuk anak perempuannya. Jim pun memutuskan untuk membuatkan "sentuhan" tambahan dengan membina miniatur kereta api penuh tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment