Wednesday 15 November 2017

Filled Under:

Tradisi Pengkebumian Manusia Hidup


Ada pelbagai tradisi unik yang kadang - kadang tidak terfikir , salah satunya di Cuba ini .Tradisi itu melibatkan perarakan mengebumikan orang yang masih hidup .

Namun tidak perlu bimbang , pengebumian tersebut hanya perarakan dan bukan benar - benar ditimbus dalam tanah . Tradisi aneh ini dilakukan tiap tahun dengan meriah di Santiago de las Vegas , bandar kecil berhampiran Havana . Selama 30 tahun , festival ini selalu digelar pada 5 Februari dan dikenali dengan nama " Burial of Pachencho " .

Seperti pengebumian sebenar , ada seseorang yang dimasukkan dalam keranda dan diturunkan ke dalam lubang kubur diiringi muzik dan dihantar sekumpulan yang berkabung. Mereka juga mendoakan dan  menangis jenazah bohongan itu ketika akan dikuburkan .

Prosesinya bemula di perkuburan umum dengan menurunkan keranda ke liang lahad dipimpin seorang ketua . Selepas memberikan doa terakhir , sekumpulan yang berkabung menaburkan bunga dan menuangkan minuman ke mulut " jenazah " untuk diminumnya . Setelah itu ia membuka mata dan  keluar dari keranda tersebut .

Idea tradisi pelik ini bermula pada 1984 untuk mengakhiri musim karnival setempat . Nama " Pachencho " sendiri dipilih bukan berkaitan seseorang melainkan dari tajuk kisah yang dimainkan di teater tempatan . Alih - alih bersuasana duka , festival kematian palsu ini malah disambut bagaikan sebuah pesta di jalan - jalan bandar selama seharian .

" Festival ini memberikan nafas pada bandar ini yang terus menjalani kehidupan sukar , " kata Yaumara Solis . " Berduka untuk orang yang hidup bukan tindakan tidak sopan pada yang telah tiada , ini adalah penghormatan untuk cabaran kehidupan . "









1 comments:

Nuffnang Ads

Followers