Monday, 11 December 2017

Filled Under:

Sambil Makan Ditemani Anak Patung Yang Cantik.


Teknologi tidak masuk akal dan robot-robot yang dibuat menyerupai dengan manusia memang sinonim dengan negara Jepun. Dari segi masakan Jepun juga tiak kalah tidak masuk akalnya, selain sushi bogelyang menghidangkan sushi di atas tubuh wanita yang berbogel, kali ini Issen Yoshoku hadir dengan pelayan anak-anak patung yang cantik. Anda boleh mencari Issen Yoshoku di Kyoto, Jepun.

 Tempatnya di kawasan bernama Gion. Restoran dengan dua tingkat itu tidak kelihatan seperti restoran, malah kelihatan seperti kedai perhiasan khas Jepun dari arah luar. Ketika masuk, anda tidak akan mencari manusia. Anda akan mencari pelayan cantik di dalam bentuk anak patung.



Anak patung direka seperti pelayan yang cantik tersebut akan melayani anda dengan mesra dan menghidangkan satu-satunya menu yang terdapat di restoran tersebut, yakni hidangan mirip okonomiyaki (dadar atau pizza Jepun) bernama Issen Yoshoku.


 Dari segi reka bentuk, restoran ini mengusung tema tradisional Jepun, dimana semua anak patung pelayan ini mengenakan kimono. Reka bentuk dalaman restoran ini juga kelihatan sangat tradisional dan kental dengan unsur Jepun yang membuat anda seolah-olah sedang makan di warung Jepun di masa lalu.








2 comments:

Followers