Sunday 22 April 2018

Filled Under:

Kek Seperti Istana


Kedai bakeri membina sebiji kek istana setinggi 5 meter bagi memenuhi kehendak sepasang pengantin yang mengidamkan kek luar biasa sempena majlis perkahwinan mereka baru-baru ini.

Le Novelle Cakes yang berpangkalan di sini berkata, pihaknya mengambil masa selama satu bulan untuk mereka bentuk kek istana itu.


“Pasangan itu menyatakan bahawa mereka mahu sebiji kek berbentuk istana dengan menjadikan bangunan parlimen sebagai rujukan.

“Kami bersetuju menerima tempahan itu dan terpaksa menggunakan 15 pekerja bagi menyiapkan kek ini,” kata salah seorang pekerja, Miyo Minaki.

Kek fondant buatan tangan itu dihiasi dengan bunga, gereja kecil, tiang-tiang berbentuk istana selain turut diterangi dengan lampu.







0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers