Sunday, 13 May 2018

Filled Under:

Nenek Buta Boleh Melihat Ketika Bernyanyi


Seorang nenek berasal dari eropah , Moira Gleed , mempunyai keadaan kesihatan yang cukup unik. Kedua mata nenek 66 tahun ini selalu terpejam sehingga dia tak dapat melihat, kecuali sedang menyanyi.





Gleed menderita keadaan yang disebut focal Dystonia , yang membuat matanya dipaksa tertutup . Tapi saat menyanyikan lagu, ia dapat melihat seperti biasa. Kepada Daily Mirror, Gleed berujar, " Sebelum mengalaminya , mataku menjadi sangat merah dan meradang. Rasanya gatal dan sangat sakit. "


 " Kelopak mata saya hanya boleh dibuka paksa dengan menggunakan jari -jari saya . Itu sangat mengerikan. " Jom saksikan Video Menarik ini :



 
Kerana penyakitnya, Gleed terpaksa melepas profesion sebagai perunding kerjaya dan tak boleh memandu kereta sendiri. Secara tak sengaja, ia mencari " ubat " penyakitnya. " Saat latihan paduan suara, saya bernyanyi sepenuh hati dan tiba -tiba menyedari saya boleh melihat, " ujarnya.
 
 Walaupun merasa terkejut dengan kemampuannya membuka mata saat bernyanyi, Gleed harus terus mendapat suntikan botoks setiap 10 minggu . Dia juga berjalan dengan bantuan tongkat dan kacamata .


" stonia adalah gangguan neurologi dimana otak menghantar isyarat yang salah sehingga menyebabkan otot -otot yang menerima isyarat itu menjadi terlalu aktif. Keadaan ini boleh menyerang pelbagai bahagian tubuh yang berbeza, termasuk membuatnya lumpuh atau menyebabkan kesakitan jika digerakkan ," terang Paul King , ketua eksekutif Dystonia Society seperti dilansir dari dailymail .

Namun King mengaku tak tahu apa alasan di balik itu . Hanya saja menurut King terkadang pengalihan perhatian pada keadaan ini boleh menyebabkan gejala sakitnya menghilang untuk sementara. Itulah mengapa sejumlah pesakit dapat mencari pereda sakitnya dari hal-hal yang tak terduga.

Misalnya, ada pesakit yang boleh menjerit seperti anjing tapi tak boleh bercakap dengan lancar , boleh menari dengan baik tapi tak boleh menapakkan kakinya dengan normal ke lantai atau boleh berlari untuk mengambil jemuran saat turun hujan tapi kesakitan saat berusaha berjalan biasa.

"Malangnya, gejala- gejala itu cenderung muncul lagi seketika aktiviti lain yang dijadikan pengalihan itu berhenti ," tambahnya.




0 comments:

Post a Comment

Followers