Wednesday 4 July 2018

Filled Under:

Kawasan Pergunungan Paling Pelik Didunia


Rainbow Mountain atau gunung pelangi ini seakan-akan  kek pelangi raksasa yang lazat dan menakjubkan. Namun jangan salah, jajaran gunung berwarna-warni ini adalah batuan yang keras dan pastinya tidak boleh dimakan.

Terletak dari Rainbow Mountain ini ada di Zhangye Danxia Landform Geological Park, China. Warna-warni yang terdapat di pergunungan tersebut asli dan semula jadi, bukan akibat olahan  sekumpulan saintis. Ini adalah bukti kekuasaan Tuhan yang memang luar biasa indahnya.

Pelancong boleh menikmati pemandangan gunung berwarna-warni itu hingga berjam-jam tanpa takut warnanya luntur atau hilang, bahkan bila tiba hujan turun. 


 Rainbow Mountain mula terbentuk kira-kira 24 juta tahun lalu. Asal dari aneka warna yang terdapat di permukaan batuannya merupakan jenis mineral yang tersusun di dalam batuan tersebut. Jenis batuannya sendiri adalah batuan gunung berapi.

Mula terbentuk menjadi pergunungan disebutkan kerana adanya gempa tektonik yang membuat lapisan batuan tersebut patah dan membentuk bukit.

Wilayah Rainbow Mountain yang elok itu telah dimasukkan UNESCO ke dalam salah satu laman warisan dunia di 2010 lalu, dan menjadi salah satu destinasi pelancongan popular selain The Great Wall. Kerana keunikkannya itu, wilayah ini dijaga agar tidak rosak oleh sekelompok manusia .Memang indah sekali kan pemandangan Rainbow Mountain yang luasnya beratus-ratus kilometer ini? 










0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers