Budak genius berasal dari India, Arya Parab membuat ibubapa, guru dan ahli keluarganya bangga. Kanak-kanak usia 8 tahun itu merupakan seorang genius matematik dengan kemampuan mengira dengan cepat.
Arya, demikian ia biasa disapa, boleh menentukan hitungan kalendar hingga tahun 2068 dengan tepat. Oleh itu masyarakat, ia pun digelar sebagai Manusia Kalendar. Ketika ini Arya tinggal di Mumbai bersama ibubapanya yang bekerja sebagai jurutera perisian.
Bakat Arya semakin menakjubkan ketika ia mengira dan menunjukan hari ulang tahun rakan-rakannya dengan cepat. Maka tidak hairan teman-teman sebayanya menyebut Arya sebagai anak ajaib. Datuk Arya, Suryakant Bhosle menceritakan seharian cucunya tersebut.
"Dia menyukai angka, dan sering bermain-main dengan statistik. Dia telah mendapatkan wawasan yang lebih dari masa ke masa, dan telah mengunci dirinya di bilik selama bercuti musim panas untuk menggambar kalendar." Menurut Bhosle, Arya pernah berkata padanya, sistem kalendar mengalami perulangan setiap 11 tahun sekali.
Sehingga hari ulang tahun hari ini akan sama jatuhnya dengan hari di 11 tahun yang akan datang. Selain genius dalam pergiraan, Arya juga mempunyai daya ingat yang sangat tajam. Ia mampu mengingat hari dan tarikh ulang tahun orang yang ia temui. "Bil telefon saya meningkat kerana dia terus mengingatkan saya setiap hari ketika seseorang yang dikenalinya berulang tahun dan membuat saya perlu menghubungi mereka," kata ibunya, Rupali Parab.
Saturday, 9 February 2019
Filled Under:
unik dan aneh
Berumur 8 Tahun Digelar Manusia Kalendar.
Posted By:
zamri spoon
on 22:00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment