Saturday 16 February 2019

Filled Under:

Nekat 22 Kali Pembedahan Plastik Agar Punyai Teman Lelaki

 Seorang wanita merasa hidupnya tertindas selama bertahun-tahun, kerana wajahnya yang kelihatan seperti seorang lelaki.

Seperti dikutip dari dailymail.co.uk, Gina Blacks, (39), berasal dari Tottenham, London Utara, menjalani 22 pembedahan  plastik di pelbagai negara, kerana tidak percaya diri dengan penampilan wajahnya yang mirip lelaki.



 Gina, yang bekerja sebagai seorang guru, telah menghabiskan wang simpanan sebanyak 40 ribu pound  untuk melakukan pembedahan plastik yang berbeza-beza.

Ia merasa putus asa, selepas seumur hidupnya menerima ejekan dari banyak lelaki kerana wajahnya yang kelihatan 'jantan' itu.



 Lima negara sudah dikunjunginya, dalam rangka melakukan pembedahan plastik. Ia menghabiskan 8 tahun hidupnya untuk pergi ke Tunisia, Pakistan, Cyprus, Belgium, dan Thailand.

Gina, telah melakukan pelbagai pemebdahan  plastik yang berbeza sejak tahun 2007, seperti pembedahan payudara, sedut lemak, mengetatkan perut, serta pemindahan dagu dan rambut.


 Penampilan Gina pun telah berubah 180 darjah. Kini, banyak lelaki berminat mengajaknya dating.

Ia pun meninggalkan pekerjaannya sebagai seorang guru, dan membuka kedai kecantikan online.




Satu penyesalan dalam hidup Gina, mengapa ia tidak melakukan pembedahan plastik dari dulu. Yang pasti, sekarang ia merasa lebih percaya diri dan cantik.







0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers