Wednesday 7 August 2019

Filled Under:

Lelaki Gagal Ujian Doping, Didapati Hamil



Bekas bintang bola keranjang Ohio, DJ Cooper digantung dua tahun oleh Persekutuan Bola Keranjang Amatur Antarabangsa (FIBA) kerana gagal ujian doping tetapi puncanya adalah mengejutkan.

Pemain Amerika Syarikat itu yang bermain dalam liga bola keranjang Eropah bersama kelab AEK Athens di Greece dan AS Monaco di Perancis, mahu menyertai pasukan kebangsaan Bosnia sebagai pemain naturalisasi.

Dia perlu mengambil ujian doping sebagai sebahagian daripada syarat pertukarannya.

Bagaimanapun, keputusan ujian tersebut adalah mengejutkan sama sekali.

Walaupun bebas daripada bahan terlarang termasuk dadah rekreasi, ujian doping mendapati bahawa Cooper sedang hamil.

Menurut laporan portal berita Eurohoops.net, sampel air kencing bintang bola keranjang itu mengandungi hormon tumbesaran manusia, hCG yang dikeluarkan oleh plasenta semasa proses kehamilan.

Portal berita Yahoo pula melaporkan bahawa urin yang digunakan dalam ujian tersebut sebenarnya milik teman wanita Cooper. Wanita itu tidak tahu dia hamil ketika ujian tersebut dilakukan.

Susulan kejadian itu, FIBA menggantung Cooper selama dua tahun pada tahun 2018 kerana menipu, manakala dia tidak dapat beraksi sehingga Jun 2020. – Agensi




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers