Monday, 30 March 2020

Filled Under:

Landasan Keretapi Paling Curam


Walaupun sudah berusia 100 tahun namun landasan kuno yang curam ini tetap digunakan. Landasan ini hanya beroperasi antara Mei dan November, ketika laluan kereta api tidak diseliputi oleh salji. Jadual perjalanan kereta api setiap 45 minit dalam sehari.

Landasan Pilatus ini dibuka pada 4 Jun 1889 dengan menggunakan Kereta Api wap dan versi moden baru lewat pertama kali pada 15 Mei 1937. Kereta Api yang asal mengangkut 32 penumpang itu bergerak 3-4 km per jam sehingga memerlukan masa satu jam untuk sampai ke puncak gunung. Kini kereta elektrik boleh menampung 40 penumpang dan lebih cepat setengah jam untuk sampai ke destinasi.

Landasan ini mulai dibina pada 1873 dengan menggunakan perhitungan normal yakni kecerunan maksimum hanya 25 peratus. Namun cadangan itu dinilai tidak ekonomi oleh desainernya, Eduard Locher, sehingga 48 peratus agar boleh menyingkat separuh dari total laluan perjalanan.

Landasan tersebut menyambungkan Alpnachstad di Tasik Lucerne dengan laluan di puncak Gunung Pilatus pada ketinggian 2,073 m. Trek mendaki yang mempunyai cerun lebih dari 1,600 meter sejauh 4.6 km menjadikannya landasan paling curam di dunia. Landasan ini mempunyai kecerunan rata-rata 38 peratus dan maksimum 48 peratus, yang lebih curam daripada jalan tercuram di dunia sekalipun.









0 comments:

Post a comment

Nuffnang Ads

Followers