Monday 6 April 2020

Filled Under:

Rela Jadi Mayat

 Chuck Lamb merasa bosan dengan pekerjaannya sebagai juruteknik komputer yang diceburi selama ini. Lelaki 56 tahun ini lantas memutuskan untuk mengejar impiannya yang sudah terkubur, iaitu menjadi seorang pelakon filem. Kerana untuk menjadi seorang pelakon bukan merupakan perkara yang mudah dan senang, Chuck meraih impiannya ini melalui laluan berbeza, dia menjadi pelakon khusus melakonkan mayat di pelbagai filem bergenre seram dan action.

Disiarkan dailymail.co.uk, Chuck Lamb dikenali sebagai 'Dead Body Guy' atau pemeran mayat setelah menghabiskan banyak waktunya untuk membuat pelbagai senario kematian bersama isterinya dan mengabadikannya dalam gambar. Foto-foto tersebut kemudian dia muat naik ke dalam laman web miliknya deadbodyguy.com. Sejak dilancarkan tahun 2005, laman web miliknya itu telah mencapai 50 juta kali klik.


Kemudian Chuck Lamb pun dapat peluang tampil dalam beberapa acara talk show. TIDak berapa lama, impiannya untuk menjadi pelakon mayat menjadi nyata. Dia pun muncul dalam filem horror Vacancy.

Lelaki ini juga muncul dalam beberapa acara televisyen dan filem lain. . Dia pun sangat menikmati pekerjaan uniknya itu.

"Salah satu momen kegemaran saya adalah apabila seorang mayat dijemput untuk mengikuti sesi tanda tangan bersama fans dan mengetahui ternyata banyak orang menginginkan tanda tangan saya," ungkapnya.

Chuck Lamb merasa dirinya sangat sesuai melakonkan peranan mayat kerana kulitnya yang pucat seperti mayat dan kepalanya yang botak sehingga boleh menggunakan segala jenis rambut palsu.








0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers