Showing posts with label kisah misteri dan seram. Show all posts
Showing posts with label kisah misteri dan seram. Show all posts

Monday, 30 December 2013

Video Seram - Angkara Tidak Mandi Wajib.

Kisah in berlaku kira2 pada tahun 80an . Kakak saya mempunyai kawan perempuan yang agak terkenal akan kenakalannya , namanya Ju . Orangnya ambil tak endah tentang pantang larang dan suruhan agama . Kalau datang bulan tak pernah mandi hadas . Apa yang berlaku , satu hari dia bersiar2 dengan teman lelakinya di kawasan Clementi Woods .

Sedang asyik mereka berbual2 di situ , tiba2 teman lelakinya nampak cemas dan terus ajak pulang . Dia pun mula rasa marah kerana teman lelakinya tak cakap kenapa tergesa2 ingin pulang siang2 . Dia ni selalu gaduh dengan ibunya jadi selalulah dia tidur di rumah kawan . Sebab tulah tak suka balik tengah hari . Kerana terpaksa , dia pun pulang . Kerana dia ni tak ada pantang larang , dia balik , buka pintu , dalam gelap2 dia masuk bilik . Tak cuci kaki , tak cuci muka , terus baring di atas katil .

Tiba2 sedang dia pejamkan mata , dia terdengar bunyi macam orang mengebas cadar , kuat bunyinya . Kemudian dia terasa bulu romanya berdiri dari kaki hingga ke tengkuk . Dia pun cubalah baca2 apa yang dia tahu tapi dalam keadaan kotor , baca apa pun tak guna . Kemudian dia terdengar bisikan di telinga , " Nak tidur Ju ? ? ? " Dia tak pasti samada dia dengar " Cu " atau " Ju " iaitu namanya . Walaupun sedang dalam keadaan takut , dengan mata tertutup , dia merangkak di lantai dan menuju ke pintu . Dia tahu selok - belok bilik itu kerana ada katil dan satu almari di tepi sahaja , jadi tengah2 semua kosong .

Namun , semasa merangkak di tengah bilik , dia terlanggar sesuatu . Dia pun apa lagi , terus cepat2 meluru ke pintu dalam keadaan merangkak . Dia terus mengetuk bilik kawannya . Lama juga baru kawannya buka dengan suaminya di sebelah . Kerana suaminya tahu sedikit pasal benda2 ni , apalagi muka suaminya punyalah berang . Marah apabila dia tengok dan dia tahu apa terjadi tak payah cerita pun . " Kau pergi mandi sekarang , menyusahkan orang aje bawak benda2 ni balik ... "

Sesudah mandi , dan suami kawannya dah halau benda tu keluar , dia nak tidur dalam bilik temannya tapi suami temannya tak benarkan , memang padan muka dia . Semasa dia di dalam bilik itu dengan senaskah Al - Qur'an di tepi kepala , dia masih terdengar bunyi cakaran di tingkap . Berdesing telinganya . Maklum tingkap dulu kan tingkap jenis aluminium ...sumber


Jom layan video seram :




Sunday, 4 August 2013

Kisah Seram ! Diganggu Roh Tentera Jepun




Ketika ditawarkan memasuki sekolah berasrama penuh, hati Zaliah sudah berbunga bunga.  Seronoknya tidak dapat diluahkan dengan kata kata.  Sudah lama dia menyimpan hasrat untuk memasuki asrama dan belajar berdikari si rantau orang. 

  Hari pertama masuk ke sekolah tersebut, Zaliah berasa tidak sedap hati.  Pertama kali dalam hidupnya terasa demikian, namun dia tidak mengendahkannya.  Mungkin kerana terlalu seronok, ujar Zaliah didalam hati.  Matanya meligas memandang bangunan asrama yang kelihatan agak usang.  Menurut teman temannya, sekolah itu dibina dikawasan bekas markas tentera jepun.  Pelbagai kisah misteri pernah dikaitkan dengan sekolah tersebut membuatkan Zaliah seram sejuk.

  Suatu malam ketika semua penghuni asrama telah lama diulit mimpi, secara tiba tiba Zaliah dikejutkan dengan suara orang berkawat dipadang sekolah.  Dia cuba untuk melelapkan mata, namun suara itu terlalu kuat hingga menggangu tidurnya.  Sambil memejamkan mata, Zaliah membebel bebel tidak puas hati, mengharapkan suara itu senyap.  Tapi suara itu tidak juga berhenti.

  Sambil mengosok gosok mata, Zaliah lantas bangun menuju tingkap yang menghala ke padang sekolah.  "Siapalah yang pagi pagi buta dah berkawad ni?" getusnya geram.  Dengan perlahan dia membuka cermin tingkap.  Matanya yang layu terkebil kebil memerhatikan suasana padang yang lengang.  Eh, suara bukan main kuat.  Tapi mana orangnya? Desis Zaliah didalam hati.  Puas dia mencari, namun hampa belaka.

  Suasana dingin tiba tiba mencengkam malam.  Zaliah mula merasa seram.  Fikirannya mencari cari alasan logik dari mana datangnya suara itu, namun dia buntu.  Angin malam yang tiba tiba menderu ke arahnya membuatkan Zaliah kalut.  Dengan pantas jemarinya segera menutup tingkap dihadapannya.

  Bila diamati suara itu, Zaliah dapat mendengar bait bait ayat yang dituturkan.  Namun dia gagal memahaminya kerana ia tidak dlam bahasa melayu mehupun inggeris, sebalinya bahasa jepun!  Tidak menunggu lama,  Zaliah bergegas ke katilnya.  Sambil berselebung, dia cuba untuk melelapkan mata.

  Apa yang menghairankannya, tidak ada seorang pun diantara rakan rakannya yang terjaga.  Walhal suara itu begitu kuat.  Malisa, Wati, Amnah, semuanya seolah olah telah dipukau.  Belum sempat tidur lena, tiba tiba tidurnya diganggu sekali lagi.  Kedengaran jelas dicuping telinganya bunyi orang berjalan diluar dorm sambil mengheret rantai besi, seolah olah mangsa tahanan yang telah dirantai kaki.

  Hati Zaliah mula berdebar debar.  Fikirannya mula menerawang teringatkan kata kata orang tentang sekolah itu.  Sekolah yang bertapak di kawasan bekas markas jepun itu dikatakan telah banyak kali 'memakan' mangsa, namun Zaliah tidak mengendahkan kata kata   mereka kerana terlalu ingin memasuki sekolah berasrama penuh.

  BElum hilang debaran yang mencengkam dadanya, tiba tiba Zaliah merasakan bunyi tapak kaki itu berhenti dihadapan pintu dormnya.  Serentak itu kedengaran pintu dorm dibuka orang.  Jelas diruang mata Zailah sesusuk tubuh besar setinggi pintu dorm berdiri dihadapan pintu.  Tubuh Zaliah menggigil menahan rasa takut.  Hampir hampir dia terjerit tatkala sesusuk tubuh itu malengkah masuk ke dorm sambil megheret rantai besi dikakinya.

  Sambil berselubung, Zaliah dapat melihat rupa lembaga itu yang sungguh mengerikan.  Matanya terjojol keluar, kulit tubuhnya yang terkoyak disana sini dan baunya yang cukup hanyir membuatkan Zaliah hampir termuntah.  Namun dia cuba bertahan.  Mulutnya terkumat kamit membaca ayat ayat suci al Quran dengan harapan lembaga itu tidak akan mengapa apa kannya.

  Semakin lama sesusuk tubuh yang berpakaian tentera inggeris lama itu semakin hampir dengan katilnya.  Serta merta bau busuk mula menyusuk hidung.  Hatinya tambah berdebar apabila melihat lembaga itu cuba menyentuh Malisa yang tidur disebelahnya.  Dia cuba untuk bersuara untuk megejutkan temannya itu, namun suaranya seolah olah tersekat dikerongkong.

  Zaliah menjadi benar benar tidak berdaya.  Badannya terasa lemah longlai.. Syurlah ketika itu hatinya masih dapat membaca ayat ayat al-Quran.  Berkali kali lembaga itu cuba menyentuh Malisa, namun tidak berjaya hinggahlah akhirnya ia hilang begitu saja.  Manakala Zaliah pula tiba tiba pengsan tidak sedarkan diri.

  Keesokan paginya, kecoh satu sekolah apabila Zaliah tidak sedar dari tidur.  Dia terus dikajarkan kehospital untuk mendapatkan rawatan.  Zaliah begaimanapun telah sedarkan diri lewat petang itu dan dibawa pulang ke kampung untuk berubat secara tradisional.


Tuesday, 25 June 2013

Kisah Benar :Puntianak Tenggek Atas Atap

gambar hiasan
KULIM - Penduduk Kampung Batu 4½ Sungai Ular digemparkan dengan 'gangguan' suara mengilai 'perempuan' meminta tolong.

Kakitangan awam, Aziz Othman yang menyewa rumah di kampung itu berkata, kejadian berlaku beberapa hari lalu sebaik sahaja dia tiba di rumah selepas selesai bekerja.
Tempat dan peralatan memuja.


Menurutnya, suara menyeramkan itu didengari kira-kira jam 1.30 pagi apabila dia berada di bahagian dapur rumahnya untuk minum air, namun terdengar bunyi cakaran di atap bagaimanapun tidak diendahkan.

Dia kemudiannya pergi ke ruang tamu untuk berehat, sebelum terdengar bunyi tapak kaki berjalan di atas atap rumahnya.

Cangkung atas bumbung

Aziz berkata, sebaik sahaja bunyi objek berjalan itu terhenti, dia terkejut apabila  terdengar suara perempuan mengilai dengan kuat di hadapan rumah.
“Ketika itu motosikal Kawasaki RR 150 yang saya miliki berada dalam rumah. Saya menolak motosikal saya keluar perlahan-lahan. Sebaik sahaja mengunci pintu rumah saya menghidupkan enjin motosikal.
Fatimah (kiri) pernah mengalami peristiwa sama.


"Alangkah terkejut apabila saya ternampak seorang wanita berambut panjang bermata merah menyala bercangkung di atas bumbung sambil memusing-musingkan kepalanya.

"Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, saya terus meninggalkan rumah. Dari apa yang saya nampak, bunyi cakaran di atas atap itu berpunca dari rambutnya yang panjang,” katanya kepada Sinar Harian.


Wednesday, 29 May 2013

Kisah Seram :DENDAM MAYAT HANGUS



Bekerja sebagai seorang pemandu teksi memang banyak risikonya. Terutama jika terpaksa mengambil penumpang pada waktu malam. Akhir-akhir ini, banyak kes-kes jenayah yang melibatkan pemandu teksi. Samada sebagai mangsa atau pemangsa. Begitulah yang terjadi kepada seorang kawan aku bernama Sadiq. Dia baru sebulan jadi pemandu teksi. Tapi pengalaman yang dilaluinya bukan saja tragis, malah diselubungi misteri. Manakan tidak, teksi yang dipandunya tiba-tiba terbakar sebelum terjunam beberapa belas meter ke dalam gaung di kawasan Bukit Langat. 

Hari ini Sadiq terlantar di Hospital Ampang Puteri dengan kecederaan parah di seluruh badan. Sebahagian tubuhnya melecur teruk akibat terbakar. Kecut perut aku melihat keadaan fizikal Sadiq yang sebegitu rupa. Sadiq sudah sedar sewaktu aku menziarahinya di wad. Matanya terkelip-kelip memandang aku seakan ingin mengatakan sesuatu. Namun alat bantuan pernafasan yang menyerkup mulutnya menghalang komunikasi antara kami. Bahasa tubuhnya tak dapat aku fahami. Di satu sudut, ibu Sadiq sedang teresak-esak menangis sambil cuba ditenteramkan oleh ayahnya. Manakala Khalil, adik lelaki Sadiq yang berumur 19 tahun kelihatan murung merenung jauh ke luar tingkap. Aku difahamkan, adiknya ada bersama sewaktu kemalangan yang hampir meragut nyawa mereka tu. Hairannya, dia langsung tidak mengalami sebarang kecederaan serius. 

Aku mendekati Khalil untuk mendapatkan maklumat lebih jelas berkenaan kejadian yang berlaku. Khalilpun mula bercerita;

Malam tu abang Sadiq jemput saya pulang dari kolej macam biasa. Sewaktu dalam perjalanan balik ke Lembah Jaya Selatan, ada seorang perempuan muda menahan teksi abang Sadiq di sekitar Ampang City. Kulitnya agak gelap kehitaman. Pakaiannya nampak kotor. Wajahnya terselindung di sebalik tudung lusuh. Dia minta dihantar ke atas Bukit Langat sebab keretanya kehabisan minyak di sana. Tanpa berfikir panjang, abang Sadiq pun tumpangkan dia. Masa dia masuk dalam teksi, saya dah terasa macam ada yang tak kena dengan perempuan tu. Bau badan dia meloyakan tekak. Macam bau benda hangus pun ada. Tapi saya diamkan aje. 

Hujan lebat yang turun sejak petang menjadikan pergerakan kenderaan kurang lancar disamping jalan yang licin dan bengkang-bengkok. Mujur kenderaan tak berapa banyak waktu itu. Satu ketika, saya mula tercium bau minyak petrol. Saya memandang abang Sadiq. Kemudian menoleh ke arah perempuan itu melalui cermin pandang belakang. Hanya sorot matanya sahaja yang kelihatan. Hati saya dah mula rasa tak sedap.

“Petrol ni untuk isi dalam kereta… habis minyak kat atas bukit nu.” Kata perempuan tu tanpa ditanya.


“Masuk ni dah dua kali dah kereta Ina kehabisan minyak. Tempat yang sama pulak tu. Kali pertama tu Ina tahan teksi jugak untuk beli petrol. Masa hantar Ina balik ke kereta, pemandu teksi tu cuba buat benda tak elok pada Ina. Bila Ina melawan, dia mula berkasar. Dia lempang Ina dua kali. Rasa macam nak pengsan. Tak pernah Ina kena lempang sampai macam tu seumur hidup Ina. Lepas tu…” Kata-kata perempuan yang bahasakan dirinya Ina tu terhenti. Dia mula menangis teresak-esak.

“Lepas kena lempang, Ina terlalu lemah dan lemas untuk mempertahankan diri. Ina langsung tak berdaya. Sesak nafas dan rasa macam nak mati. Lepas tu Ina diseret…” Sekali lagi Ina diam. Saya makin rasa tak selesa. Macam ada sesuatu yang tak kena dengan Ina. Saya cuit peha abang Sadiq. Cuba menyatakan rasa kurang selesa saya dengan cerita Ina. Abang Sadiq rapatkan jari telunjuk ke mulut menyuruh saya diam. Kemudian mulut abang Sadiq nampak kumat-kamit macam baca sesuatu. Saya pandang cermin pandang belakang sekali lagi. Ina nampak gelisah. Matanya liar memerhati keluar. Saya turut memerhati keluar. Cuaca gelap dan hujan terus mencurah lebat. Selain kami, tak ada sesiapa yang melalui jalan itu. Saya tanya Ina samada dia ada buat laporan polis atau tidak. Dia geleng. Tak sempat katanya. Tapi dia cam pemandu teksi itu. Kata Ina, orangnya kurus tinggi dan berkulit hitam manis. Bermisai dan berambut keriting macam abang Sadiq.

“Nak tau apa berlaku lepas tu?” Tanya Ina satu ketika. Saya dan abang Sadiq saling berpandangan. Ina dah berhenti menangis. Saya menoleh seimbas dan nampak sorot mata ina yang tajam sambil tersenyum sinis. Berderau darah saya masa tu.

“Tak apalah Ina, kami bersimpati dengan apa yang terjadi pada Ina. Anggaplah semua tu ujian Tuhan. Lambat laun, pasti lelaki itu akan ditangkap. Kat mana kereta Ina?” Tanya saya sekadar nak menghilangkan debar di dada.

“Kat sinilah!” Jawab Ina serta-merta. Abang Sadiq memperlahankan teksi. Namun kami tidak nampak kereta Ina di mana-mana. 

“Kat sinilah! Pemandu teksi tu curah petrol pada Ina. Lepas tu dia nyalakan lighter macam ni!” Sambung Ina. Kami terkejut besar bila menyedari api marak membakar tempat duduk belakang teksi. Saya cepat-cepat melompat keluar. Tapi abang Sadiq gagal mengawal kereta sehingga terhumban ke dalam gaung. Api terus marak. Jeritan Ina bergema berselang-seli dengan kilat dan petir. Saya pengsan!

Sedar-sedar kami dah terlantar kat hospital. Peliknya, hanya kami berdua sahaja yang orang jumpa. Jasad Ina ghaib macam tu aje. Saya dah buat laporan polis semalam. Diorang dah pergi siasat kat tempat kejadian.

Dan pagi tadi kami dikejutkan dengan berita penemuan mayat rentung tak jauh dari tempat kemalangan dan dipercayai milik seorang perempuan. Hairannya, mayat tu mungkin dah seminggu ada kat situ. Mustahil Ina yang dimaksudkan. Tapi kalau bukan Ina, ke mana Ina hilang? Itulah yang saya menungkan sejak tadi. Cuba nak cari jawapan atas apa yang dah berlaku! 
Dengar cerita Khalil buat aku terdiam sejenak. Memang menakutkan jika aku berada di tempat mereka pada ketika tu. Boleh jadi, ada perkaitannya kewujudan Ina dengan penemuan mayat tu. Mungkin Ina cuba menyampaikan sesuatu maklumat kepada mereka. Ataupun rohnya tak tenteram sehingga dia mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut.

Perhatian aku beralih kepada Sadiq apabila terdengar dia mengerang sakit. Aku menghampirinya. Sadiq merenung aku dengan mata berair. Mulutnya bergerak-gerak. Aku kira, Sadiq ingin katakan sesuatu kepada aku. Aku buka penutup plastik yang menyerkup mulut Sadiq. Kemudian aku rapatkan telinga ke mulutnya. Dia menarik nafas berat. 

“Arghh… aku dah insaff… arghh.. panggil polis datang… aku nak serah diri… a aku taknak dia apa-apakan kaum keluarga akuu… arghh….” Sadiq mengerang perlahan di telinga aku. Kemudian dia terus meracau tanpa aku fahami biji butirnya. Aku beristighfar. Terkejut dan kesal. Tapi aku tak sampai hati untuk memanggil polis datang. Biarlah Sadiq pulih dahulu. Kemudian terpulanglah kepadanya samada ingin menyerah diri atau menunggu undang-undang membongkar segalanya.
sumber


Monday, 27 May 2013

Kisah Seram :SAKA BERSAMA MAYAT BERHANTU DARI LAUT


HATI saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram. Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang saya rasakan ada bersama-sama kami, yang mengganggu kami.

 Keadaan mayat tersebut memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang kebawah saja yang saya dan kawan-kawan saya uruskan. Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an itu dijumpai terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ.

 Baunya memang busuk. Walaupun demikian sekali rupa mayat tersebut, namun ia tidak menyeramkan saya. Sudah bermacam-macam mayat yang pernah saya uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat yang ini lain macam sedikit.

 Semasa memandikan jenazah itu bulu roma saya terus tegak. Tapi saya uruskan juga sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran, khususnya ayat kursi, terus saya baca. Berdasarkan pengalaman lepas-lepas, jika begitu perasaan yang saya alami, maknanya jenazah yang saya uruskan bukanlah dari kalangan mereka yang dicintai Allah.

 Apabila sudah selesai menguruskannya, kami hantar jenazah tersebut ke kawasan perkuburan.

"Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini, sehingga saya datang ke sini semula," pesan saya kepada penggali kubur. Saya tidak dapat turut serta kerana saya perlu menghantar dahulu juruurus jenazah wanita yang dipanggil satu jenazah.

 "Insya-Allah," jawab penggali kubur tersebut. Saya tinggalkan dia tanpa memberitahu kepadanya bahawa mayat tersebut bermasalah. Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya. Selepas menghantar juruurus jenazah wanita, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut.

 Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apaliba tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah dikebumikan. "Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai," kata penggali kubur tersebut. "Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu."

Namun apabila masuk sahaja ke dalam kereta, saya rasa seperti ada sesuatu yang mengekori. Seolah-olahnya mayat itu ada dalam kereta untuk mengikut saya pulang ke rumah. Perasaan seram kembali semula.



Saturday, 25 May 2013

Kisah Seram : Tengkorak Manusia Terbang Di Bukit Seri Alam



Pada mulanya dia menyangka objek bulat yang terawang-awang di dalam semak, di atas bukit belakang rumah orang tuanya itu, hanya sehelai daun terap kering yang tersangkut pada sawang labah-labah.

Sebab itu, dia terus melangkah ke depan bersama dua rakannya, tanpa berfikir apa-apa yang pelik akan dihadapinya hari itu. Bagaimanapun apabila objek bulat itu didekatinya, peluh di badannya terus saja tersimbah.

Matanya tidak berkelip dan jantungnya pula bagaikan mahu gugur apabila terpandang objek bulat berwarna coklat kehitaman itu adalah tengkorak manusia. Paling mengerikan tengkorak itu pula terbang ke kiri ke kanan, seperti mahu menghalang perjalanannya, sambil asap mula keluar berkepul-kepul.

Ketika itu dia dan dua orang kawannya bercadang menyumpit monyet di atas bukit, terpaksa membatalkan hasrat mereka. Dalam sesaat itu juga mereka berlari susup-sasap pulang ke rumah.

Tidak cukup dengan gangguan tengkorak terbang, beberapa hari selepas itu dia diganggu pula dengan kehadiran seorang perempuan berbaju putih yang dilihatnya duduk di dahan pokok tinggi. Bukan dia saja yang melihatnya, malah dua rakannya juga terpandang perempuan berbaju putih berkilat di atas pokok itu.

Dua kisah itu adalah antara gangguan yang pernah berlaku di perkampungan Orang Asli Bukit Cahaya Seri Alam, di Shah Alam beberapa tahun lalu, sebelum berakhir apabila sebuah surau dibina di situ dan ramai pula penduduknya memeluk agama islam.

Cerita menyeramkan mengenai gangguan tengkorak berterbangan dan langsuir itu diceritakan sendiri oleh Ramli Hamid, 31, dalam kunjungan ke pekampungan Orang Asli bersempadan dengan Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, baru-baru ini.

Ramli memberitahu, dia yakin tindakan sebahagian besar penduduk di situ memeluk Islam adalah antara punca sehingga kini makhluk halus tidak lagi muncul dan mengganggu.

“Walaupun kejadian itu berlaku beberapa tahun lalu, saya tetap ingat dan apabila difikir-fikirkan,terasa betapa agung kebesaran Islam. Manakan tidak, apabila ramai orang kami memeluk Islam dan surau pula dibina di sini, gangguan itu tidak berlaku lagi !” katanya seperti lega.

Ketika menceritakan kejadian terserempak tengkorak manusia berterbangan di atas bukit di belakang rumah orang tuanya, Ramli memberitahu ketika itu dia bersama dua rakannya mendaki bukit pergi menyumpit.

“Kejadin itu berlaku ketika senja. Masa itu fikiran kami hanya ingatkan monyet yang mahu disumpit. Sebagai anak Orang Asli yang biasa dengan hutan, kami juga tidak pernah menyimpan rasa takut. Kalau takut pun hanyalah untuk berhati-hati kalau-kalau terserempak binatang buas seperti harimau,” beritahunya.

Bagaimanapun, hasrat menyumpit terbantut tiba-tiba apabila dia terpandang satu objek bulat macam sehelai daun terap kering. Ia bergantung-gantungan di atas bukit tempat dia dan kawan-kawannya mendaki.

“Apabila semakin dekat, apa yang saya sangkakan tenyata meleset. Selepas diamat-amati, barulah saya tahu objek bulat itu sememangnya tengkorak. Sudah tentu kami tergamam !” katanya.

Menurut Ramli, tengkorak itu kelihatan mengacah-acah ke arah dia dan kawan-kawannya beberapa kali seperti mahu menghalang mereka meneruskan perjalanan ke atas bukit. Ketika itu hari memang sudah senja dan keadaan pula mulai gelap.

Ramli pada mulanya merasakan dia seperti bermimpi, tetapi apabila dua kawannya yang lain juga memberitahu nampak tengkorak yang sama, dia terus berlari pulang. Dia diikuti kawan-kawannya. Mereka tidak menoleh ke belakang lagi kerana terlalu terkejut terpandang tengkorak terbang.

“Selepas kejadian itu kami bertiga demam seminggu. Saya tak tahu sebabnya. Bagaimanapun saya rasa mungkin juga sebab terkejut diganggu tengkorak terbang yang kami nampak di atas bukit itu,” katanya.

Kejadian itu menurut Ramli memang dilihatnya sendiri dan bukan diceritakan berdasarkan fantasi. Bagaimanapun, dua rakannya yang turut sama melihat gangguan tengkorak itu tiada di perkampungan itu. Mereka belum pulang bekerja.

Gangguan yang pernah berlaku, menurut Ramli lagi tidak berakhir di situ. Tidak cukup dengan gangguan tengkorak terbang, beberapa hari selepas itu Ramli mengalami gangguan yang lain pula.

Ketika itu, Ramli dan kawan-kawannya dalam perjalanan pulang dari kedai, kira-kira pukul 11.00 malam. Mereka berjalan kaki, menyusur jalan berbukit sebelum sampai ke perkampungan Orang Asli yang sebelum itu dikenali dengan nama Kampung Orang Asli Air Kuning.

“Pada masa mula-mula mendaki jalan bukit yang di kelilingnya penuh hutan, saya dah rasa hati berdebar-debar. Saya buat tak kisah, sambil itu berjalan terus untuk pulang ke rumah.

“Tapi ketika tiba berdekatan tangki air, bulu roma saya tiba-tiba menegak sebaik saja hidung mula terhidu bau wangi pada sebelah malam kata orang tua-tua, biasanya menandakan ada makhluk halus tidak jauh dari kawasan itu.



Friday, 24 May 2013

Kisah Seram : Najis Dan Ulat Keluar Dari Mulut Jenazah.

 
gambar hiasan


Ini adalah kisah benar, kisah proses pengebumian seseorang di sebuah bandar di Jawa Timur. Nama dan alamat sengaja tidak disebutkan untuk menjaga nama baik jenazah dan keluarga yang ditinggalkan. Insya Allah kisah ini menjadi hikmah dan cermin bagi kita semua sebelum ajal menjemput.

Kisah ini diceritakan langsung oleh seorang Modin (pengurus jenazah) kepada saya. Dengan gaya bertutur, selengkapnya ceritanya begini :

Saya terlibat dalam pengurusan jenazah lebih dari 16 tahun, berbagai pengalaman telah saya lalui, sebab dalam jangka atau kurun waktu tersebut macam-macam jenis mayat sudah saya tangani. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.


Bagaimanapun, pengalaman mengurus satu jenazah seorang yang kaya serta berpengaruh ini, menyebabkan saya dapat kesempatan 'istimewa' sepanjang hidup. Inilah pertama kali saya bertemu cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekaligus memberikan banyak hikmah.

Sebagai Modin tetap di kampung, saya diminta oleh anak almarhum mengurus jenazah bapanya. Saya terus pergi ke rumahnya. Ketika saya tiba sampai ke rumah almarhum tercium bau jenazah itu sangat busuk.

Baunya cukup memualkan perut dan menjijikan. Saya telah mengurus banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Ketika saya lihat wajah almarhum, sekali lagi saya tersentuh.

Saya tengok wajahnya seperti dirundung oleh macam-macam perasaan takut, cemas, kesal dan macam-macam. Wajahnya seperti tidak mendapat nur dari Allah SWT.

Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak almarhum dan saya potong. Secara kebetulan pula, disitu ada dua orang yang pernah mengikuti kursus "fardu kifayah" atau pengurus jenazah yang pernah saya ajar. Saya ajak mereka mambantu saya dan mereka setuju.

Tetapi selama memandikan mayat itu,kejadian pertama pun terjadi, sekadar untuk pengetahuan pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut-urut untuk mengeluarkan kotoran yang tersisa. Maka saya pun urut-urut perut almarhum. Tapi apa yang terjadi, pada hari itu sangat mengejutkan.

Allah SWT berkehendak dan menunjukkan kekuasaannya kerana pada hari tersebut, kotoran tidak keluar dari dubur akan tetapi melalui mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang terjadi di depan saya ini?

Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan kotoran, saya harap hal itu tidak terulang lagi kerana saya mengurut perutnya untuk kali terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah SWT berlaku, ketika saya urut perutnya keluarlah dari mulut mayat itu kotoran bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup.

Ulat itu adalah seperti ulat kotoran (belatung). Padahal almarhum meninggal dunia akibat diserang jantung dan waktu kematiannya dalam tempoh yang begitu singkat mayatnya sudah menjadi demikian rupa ? saya lihat wajah anak almarhum.

Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapanya,kemudian saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan panik.

Saya katakan kepada mereka,"Inilah ujian Allah terhadap kita". Kemudian saya minta salah satu seorang dari pada pembantu tadi pergi memanggil semua anak almarhum.

Almarhum pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, kesemuanya laki-laki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di rumah. Ketika semua anak almarhum masuk,saya nasihati mereka.



Thursday, 23 May 2013

Kisah seram di bilik mayat di Hospital





 Hasri terkedek-kedek berjalan di belakang Doktor Rasyid dan pembantunya, mengejar langkah mereka berdua yang berjalan dengan agak pantas. Itu hari pertama dia berada di Hospital itu. Setepatnya, itu malam pertama ia menjalani latihan di hospital itu. Mereka bertiga melewati koridor kecil yang menghubungkan bangunan utama kepada bangunan yang lebih kecil. Malam itu dia akan melihat bagaimana bedah siasat dilakukan. Perasaan teruja berbaur seram memaut tangkai hatinya, berbuai-buai hatinya digayut takut.

" Kita ada kes baru, dok..." Hasri terdengar pembantu itu melaporkan kepada Doktor Rasyid.

" Kes bunuh? " tanya Doktor Rasyid.

" Tak.... Eksiden Motor. Mangsa terperosok di bawah treler. Kena gilis..."


Hasri terkedu apabila mendengarkan itu. Dia bakal seorang doktor tetapi dia masih merasa ngeri jika terpaksa berdepan dengan mayat yang berkeadaan sebegitu. Sebaik sahaja pintu bilik bedah siasat dibuka, udara sejuk menerjah keluar, menyapu wajah Hasri. Sejuknya menggigit ke tulang pipi. Terngiang-ngiang cerita kawan-kawannya tentang bilik bedah mayat, tentang perkara-perkara aneh dan seram yang berlaku di billik itu.


Di atas meja besi tahan karat itu terbujur sekujur mayat ditutupi sehelai plastik putih. Pembantu itu pun menarik plastik putih itu. Hasri ternganga apabila melihat keadaan mayat itu yang sungguh mengerikan: kaki kanannya telah putus, sebelah kanan tubuhnya sudah melepek seperti terhempap benda berat, lehernya terkulai dan mungkin tengkuknya telah patah, kepalanya kemek manakala kulit mukanya seperti ditarik menyebabkan mukanya terherot seperti disiat.


Doktor Rasyid tidak membuang masa, dia terus mencapai gunting dan perkakasan lain manakala pembantunya menolong mana-mana yang perlu. Hasri hanya berdiri di sebelah Doktor Rasyid. Dia tak dibenarkan menyentuh apa-apa buat kali ini. Doktor Rasyid menggunting pakaian mayat dengan berhati-hati. Darah masih mengalir, belum beku. Pembantu itu pun segera jirus darah tu dengan air, darah itu pun mengalir ke satu sudut meja besi lalu mengalir turun melalui sebatang paip dan hilang entah ke mana. Bau hanyir menusuk hidung. Darah manusia memang hanyir.


Sebaik selesai mayat itu dibogelkan, Hasri dapat lihat tubuh mayat itu seperti dikecai-kecaikan. Tiba-tiba Hasri seperti melihat kaki mayat itu bergerak-gerak. Dia tersentak lalu melontarkan pandangan terkejutnya kepada pembantu itu. Pembantu itu hanya tersenyum memandang Hasri.

" Itu perkara biasa... tak ada apa-apa..." kata pembantu itu.


Doktor Rasyid menoleh sebentar kepada Hasri. Dari balik topeng putih itu, Hasri dapat rasakan doktor tua itu tersenyum menyindirnya. Hati Hasri bercelaru. Kaki mayat itu masih menguit-nguit seperti mahu bangun. Debaran jantung menggetarkan dadanya. Kali ini, tangan kiri mayat itu pula yang bergerak-gerak. Berbagai-bagai cerita seram yang pernah didengarinya kembali ke kanvas imaginasinya.


Tak lama kemudian, Hasri terdengar bunyi seperti orang mendengus. Cepat-cepat Hasri renung mulut mayat yang herot itu, mana tahu kalau-kalau mayat itu yang berkeluh-kesah. Sungguh besar dugaannya di bilik mayat, sama seperti cerita-cerita yang didengarinya sebelum ini.

" Saya... saya dengar macam....."

" Shhh....! " pembantu itu memotong kata-kata Hasri.

" Tapi... "

" Shhhh...!!! " kali ini pembantu itu sedikit jengkel dengan Hasri.



Tuesday, 21 May 2013

Kisah Seram : Diganggu Hantu Sampai Arwah


Citer bab banglo hantu ni dah terbit sejak wak ngaji di ITM, 16 tahun dulu lagi. Malah cerita versi zaman wak tentang banglo yang menyeramkan itu memang hangat dan menakutkan. Jika zaman wak dulu sewa rumah tu kalau yang ‘kahak’ nak duduk, tak mahal bro..! RM30 hinggit jer sebulan. Walaupun murah..tapi tak ada yang berani nak menyewa. Dan versi cerita yang diterbitkan ini wak rasa bukan rekaan. Bukan tipu punya cerita! Baca sampai habis, dan kepada arwah..kita sedekahkan Al-Fatihah..moga roh mereka yang teraniaya aman di sisi Tuhan ! Amin..! – wak radens 

Alkisahnya, 9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan keprihatinan aku dan kawan-kawan, maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].
Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan, kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.
Pertama, tuan umah hanya kutip RM50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah….[?]

Kedua, tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya.
Ketiga, pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.



Monday, 20 May 2013

Kisah Seram - Puaka Tok Bidan




Pengalaman seram yang ingin aku kongsi bersama kalian adalah satu pengalaman yang mungkin tidak akan ku lupa sepanjang hayat. Waktu itu aku mengikut kawanku balik kekampungnya di satu daerah berdekatan dengan Kota Baru, Kelantan. Waktu itu cuti penggal persekolahan dan kebetulan pula musim durian. Menurutnya dusun datuknya memang banyak pokok durian. Aku terus bersetuju kerana aku memang penggemar durian.

Kami tiba di kampung pada petang Sabtu setelah semalaman di dalam perjalanan menaiki keretapi. Sesampai sahaja di rumah kami telah disambut mesra oleh keluarga kawanku. Mereka sungguh ramah, meskipun aku menghadapi kesukaran untuk memahami setiap patah perkataan yang dituturkan.

Setelah berehat seketika, kawanku mengajak aku mandi di sungai yang tidak berapa jauh dari rumahnya. Waktu itu hari sudah lewat petang. Ibunya melarang kami pergi ke sungai kerana hari sudah hampir gelap. Tetapi kami tetap berdegil untuk mandi di sungai. Lagi pun jarak sungai dengan rumahnya lebih kurang 500 meter sahaja. Kalau kami melaung pun boleh didengar. Begitulah kata kawanku kepada ibunya. Ibunya hanya menggelengkan kepala melihat gelagat kami tetapi menyuruh kami balik semula sebelum 7:30.

Sebaik sahaja kami menuruni tangga rumah, adik kawanku yang berumur dalam lingkungan 9 tahun berpesan kepada kami supaya balik sebelum hari gelap kerana sekarang ni orang kampung tengah heboh memperkatakan tentang hantu tok bidan yang berkeliaran di kampung itu pada waktu malam. Meremang bulu romaku apabila mendengar pesan adiknya itu. Mahu sahaja aku membatalkan niat untuk mandi di sungai. Tetapi kawanku sedikit pun tidak mengendahkan kata-kata adiknya itu.

Dengan hati yang berat, aku mengekori kawanku dari belakang. Mataku liar melihat semak-semak di kiri-kanan. Ketika itu matahari sudah hampir terbenam. Cahaya kilauannya berbalam-balam di permukaan air. Aku merasa tidak sedap hati. Seolah-olah ada sepasang mata yang sedang memerhati gerak-geri kami.

Sesampai sahaja di gigi sungai, kawanku terus terjun. Kocakkan airnya mengenai tubuhku. Terasa dingin sungguh. Aku turun ke air dengan berhati-hati. Perasaanku merasa tidak tenteram. Ada sesuatu sedang memerhati kami. Aku memberitahu kawanku supaya cepat naik dan balik. Tetapi aku diketawakan. Katanya aku ini pengecut sangat. Katanya lagi adiknya cuma bergurau.

Sedang kami leka mandi, tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu benda jatuh ke dalam air tidak jauh dari tempat kami. Masing-masing senyap dan berpandangan sesama sendiri. Keadaan manjadi sunyi seketika. Cuma kedengaran suara riang-riang hutan bersahut-sahutan. Bulu romaku berdiri. Aku menggigil kesejukan. Tanpa sepatah kata, kami berdua berlari naik ke darat dan terus mencapai barang-barang dan berlari kerumah.

Ibunya hairan melihat kami termengah-mengah apabila sampai kepintu dapur. Adiknya cuma tersenyum menyindir. Aku memberitahu mereka apa yang telah berlaku. Ibunya cuma tersenyum mendengar ceritaku. Menurutnya mungkin dahan dari pokok kayu yang jatuh ke dalam sungai tadi. Tetapi adiknya pula mengingatkan kami tentang hantu tok bidan yang diceritakannya sebelum kami ke sungai tadi. Aku sendiri kebingungan. Kalau dahan kayu yang jatuh, tidak mungkin bunyinya sekuat seperti mana yang kami dengar.



Saturday, 18 May 2013

Kisah Seram: Terasa Ditindih Ketika Tidur






Saya ingin berkongsi amalan di bawah (serta pendapat dari sudut sains) tentang badan terasa dihempap / ditindih semasa tidur. Terserah pada diri sendiri, amalan di bawah berkesan untuk diri saya, Selamat mencuba

Pengalaman tidur dimana terasa badan dihimpit / ditindih mugkin pernah anda rasai, mengakibatkan seseorang itu terasa tidak dapat bangun , bergerak dan menjerit.

Dari sudut sains, fenomena tersebut dalam bahasa perubatannya ialah ‘Sleep Paralysis‘, dalam terjemahan Melayu mungkin boleh dikatakan ‘Kelumpuhan Ketika Tidur’, iaitu keadaan yang mana badan kita akan menjadi lumpuh sementara (temporary paralysis).
Temporary Paralysis berlaku semasa mula-mula hendak tidur (hypnagogic paralysis) atau baru-baru bangun dari tidur (hypnopompic paralysis). Kebiasaannya, badan manusia apabila masuk peringkat tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement-waktu nyenyak, bola mata kita akan bergerak-gerak) , otak akan beritahu badan supaya berehat seolah-olah badan kita seperti dimatikan. Otak kita pun seperti ada butang yang dipanggil Reticular Activating System (RAS). Yang tinggal ketika ini hanya fungsi automatik seperti degupan jantung, bernafas dan sebagainya.

 
Jadi, apabila kita bangun, RAS akan dihidupkan dan kita akan sedar sepenuhnya. Akan tetapi, ada kalanya berlaku juga keadaan di mana electrical signal (isyarat elektrik) tidak dihidupkankan oleh otak. Ketika itu, badan kita akan lumpuh seketika sebelum otak diaktifkan semula. Memang menakutkan, tapi benar, kita seperti lumpuh seketika. Masa itu, mungkin ada yang tidak lumpuh sepenuhnya tetapi sebahagian anggota tubuh sahaja. Sebab itu ada yang boleh gerak-gerakkan jari, tapi bahagian seluruh tubuh.

 
Dari sudut amalan, kita boleh amalkan di bawah untuk mengelakkan diri atau mengindari selepas mengalami Sleep Paralysis ( kadang kala seseorang itu mengalami Sleep Paralysis beberapa kali dalam satu malam.

Sebelum tidur ( ataupun setelah terjaga dari Sleep Paralysis )

1) Baca ayat suci Ayatul-Kursi , sekiranya tidak menghafal boleh juga membaca surah Al-Fatihah ( surah penawar terbaik) dan selawat ke atas Nabi junjungan kita sebanyak 3 kali
2) Hembuskan pada bantal kepala DAN terbalikkan bantal tersebut
3) Tidurlah macam biasa, In sya-Allah, terhindar dari Sleep Paralysis





Friday, 17 May 2013

Kisah Seram : Rumah Jiran Berhantu








Nama saya Budi. Kisah ini berlaku kira-kira 23 tahun yang lalu semasa saya tinggal di Tampines, ketika itu umur saya baru 14 tahun. Saya sering ke rumah jiran yang tinggal di atas. Mereka merupakan keluarga Melayu, suami, isteri dan kedua-dua anak lelaki mereka yang sebaya dengan saya. Saya selalu ke rumah beliau lagi-lagi kalau ada perlawanan bolasepak di televisyen.



Pada suatu malam saya bersama dua orang adik lelaki saya dijemput ke rumah beliau untuk menyaksikan perlawanan bolasepak Piala FA Inggeris. Apabila sampai di rumahnya, saya dapati lampu semua dipadamkan. Cuma lampu televisyen sahaja yang menyinari ruang tamu. Saya pun mengambil tempat duduk di sebelah pintu masuk dapur.

Di ruang tamu itu hanya jiran saya dan kedua-dua anak lelakinya. Saya pula ke sana bersama dengan kedua-dua orang adik saya. Isteri jiran saya tidak kelihatan, barangkali sedang tidur di bilik. Di pertengahan perlawanan, saya rasa hendak membuang air kecil, jadi saya pun bangun dan terus ke tandas dapur tanpa menghidupkan lampu tandas. Pada fikiran saya, "cepat-cepat masuk, cepat-cepat keluar", sebab pertandingan sedang sengit berlangsung.

Semasa saya menolak pintu tandas tersebut, alangkah terperanjatnya saya, apabila saya dapati isteri beliau sedang duduk di atas jamban menghadap pintu bilik tandas, yang ketika itu dalam keadaan gelap-gelita. Rambutnya mengerbang dan wajahnya hanya tunduk ke lantai. Beliau tidak marah atau terperanjat. Saya punyalah malu, saya pun meminta maaf beberapa kali lalu terus tutup pintu tandas tersebut. Akibat malu dan terperanjat, rasa hendak menyahut seruan alam pun hilang. Saya pun duduk semula di tempat duduk saya dan kembali menyaksikan perlawanan tersebut.

Semasa menonton perlawanan bolasepak, saya ada terfikir jamban duduk bilik air menghadap ke tembok. Kenapa isteri beliau duduk senget menghadap ke arah pintu tandas? Satu lagi, beliau tidak macam terperanjat pun semasa pintu bilik air ditolak. Selalunya kalau kita di dalam bilik air, kalau ada yang cuba menolak pintu, mesti kita akan terjerit atau sekurang-kurangnya memberi isyarat. Ini beliau seperti patung saja. Saya pun tak fikir apa-apa sambil meneruskan menyaksikan perlawanan bolasepak. Setelah habis kami pun pulang dan terus tidur.

Beberapa hari kemudian terdetik di fikiran saya apabila saya hendak masuk ke dalam tandas rumah saya dan tiba-tiba teringat tentang kejadian malam kelmarin. Saya hairan mengapa isteri beliau duduk di tandas selama hampir 30 minit dalam keadaan gelap gelita. Setelah tamat perlawanan bolasepak pun isterinya masih belum keluar dari dapur, sebab posisi kedudukan saya di tepi pintu dapur pada malam itu. Kalau beliau keluar pun mesti saya akan perasan. Barangkali beliau malu setelah saya ternampak beliau dalam keadaan begitu agaknya.

Kemudian apabila saya bertemu dengan anak jiran saya, saya bertanya kepadanya di mana emaknya sewaktu kami menonton perlawanan bolasepak? Jiran saya berkata emaknya pergi rewang kerja kahwin rumah saudara mereka. Saya pun tercengang dengan penjelasannya .Dia ada perasan perubahan pada wajah saya. Dia tanya, "Apasal? Kau nampak mak aku dalam tandas ke?" sambil senyum sinis terhadap saya. Saya kurang pasti apa makna senyuman beliau tetapi saya rasa mereka ada memelihara sesuatu.



Thursday, 16 May 2013

Kisah Seram :Bau Hangit & Hanyir


Saya Mat (bukan nama sebenar). Saya ingin berkongsi pengalaman saya ketika saya hendak pulang ke kampung di Raub, Pahang. Ketika hendak pulang ke kampung, saya mesti melalui sebatang jalan yang gelap, yang dikelilingi pokok kelapa sawit. Sebelum ini saya ada dengar pelbagai cerita di jalan gelap itu. Cerita pertama yang saya dengar ada sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita. Ketika dipertengahan jalan yang gelap, tiba-tiba keretanya menjadi berat. Berat sangat. Perempuan itu menekan lagi pedal minyak sehabis mungkin. Tapi keretanya berjalan sepantas 20km/sejam saja.


Cerita yang kedua pula terjadi kepada makcik saya. Makcik saya baru balik dari Kuala Lumpur. Dia juga menggunakan jalan yang sama untuk pulang ke Pahang. Dengan kelajuan 80km/sejam, ada kelibat seorang budak melintasi kereta makcik saya. Bukan sekali, tapi berulang kali kelibat budak tu melintas kereta makcik saya. Itulah antara kejadian yang saya dengar, tapi saya tak percaya sebab saya tak pernah kena lagi.

Dipendekkan cerita, atuk saya baru saja selamat menjalani pembedahan di hospital Temerloh, Pahang. Apabila doktor dah benarkan atuk saya pulang ke kampung, adik-beradik mak saya membuat percaturan untuk membuat giliran balik ke kampung supaya dapat menjaga atuk di kampung. Setelah beberapa minggu dah berlalu, tibalah giliran keluarga saya untuk balik ke kampung, tapi mak ayah saya tak dapat balik ke kampung sebab tak ada duit nak balik. Jadi sayalah yang wakilkan mak ayah saya jengukkan atuk saya.

Ketika saya memandu di jalan yang gelap itu, saya sedang seronok layan lagu Jepun. Sampai saja di pertengahan jalan, saya mula tercium satu bauan yang hangit dan hanyir. Tekak saya mula jadi loya. Pada mulanya saya ingatkan enjin kereta saya yang mengeluarkan bau hangit. Tapi tak ada pula keluar asap. Lama kelamaan, baru saya terhidu bau hanyir bercampur hangit. Bau ini seperti bau daging manusia yang dibakar hidup-hidup. Lebih kurang macam tu la baunya.

Saya tak selesa, saya pun buka tingkap kereta. Tapi bau tu masih kuat. Agak lama juga bau itu melekat dalam kereta saya. Lebih kurang 15 minit. Saya tutup lagu Jepun, dan saya terus pasang CD ayat-ayat suci Al-Quran. Tapi bau itu tak juga hilang. Saya istighfar, mengucap dan selawat. Dalam sekitar sepuluh minit kemudian, barulah bau hangit hanyir itu hilang. Tapi bulu tengkuk saya masih meremang bila teringatkan cerita yang pernah saya dengar.



Wednesday, 15 May 2013

JELMAAN TIGA GADIS MISTERI DI TASIK MELATI, PERLIS





Destinasi ke Perlis Indera Kayangan, jangan sekali-kali meninggalkan jadual untuk mengunjungi Tasik Melati. Ia sebuah tasik semula jadi mempunyai keluasan 6.4 hektar yang terletak kira-kira lapan kilometer dari bandar Kangar.

Kalau berkunjung ke situ bersama keluarga, sebaik-baiknya pada sebelah petang atau awal pagi. Ketika itu kita dapat melihat panorama yang sungguh mengasyikkan apabila kabus menyelubungi tasik itu. Ia seakan-akan berada di sebalik kelambu sutera.

Di situ tersedia kemudahan riadah, lorong untuk berjalan, dan sampan untuk disewa kepada pengunjung yang suka berkayuh. Ia sesungguhnya dapat merehatkan otot dan ketegangan fikiran, kerana kedudukannya terhindar daripada kesibukan lalu lintas dan kebisingan kota.

Di sebalik keindahan alam di Tasik Melati itu, ia juga menyimpan kisah lagenda menyayat hati yang sebelum ini kurang didedahkan kepada umum.

Tasik Melati telah wujud lebih seabad yang lalu. Ia Cuma mendapat perhatian sekitar sepuluh tahun yang lalu dengan usaha pihak Majlis Perbandaran Kangar. Di situ dibina jambatan dan pondok rehat serta landskap indah yang sepatutnya menjadi pujian pengunjung.

Di tasik itu juga mempunyai keunikan tersendiri, kerana di situ mempunyai 150 tasik kecil, seolah-olah menjadi pulau kepada sebuah lautan luas.

Tasik Melati ketika dulu digeruni penduduk berhampiran. Kononnya di situ terjadi kisah seorang gadis dikenali sebagai Melati bersama dua lagi teman sebayanya menjadi habuan nafsu buas sekumpulan lelaki.

Ketiga-tiga gadis itu dikatakan sedang membasuh kain di hujung tasik. Sambil membasuh, mereka yang hanya berkemban bergurau senda sehingga kain salah seorang daripada mereka terburai dan menampakkan buah dada yang montok dan mekar.

Kebetulan pula ketika itu sekumpulan pemuda melintasi di situ. Apabila terpandang saja keadaan gadis itu, mereka diruntun nafsu memuncak sehingga tidak terkawal lagi. Mereka mengheret ketiga-tiga anak gadis tadi ke bawah rimbunan pepohon meliar di tebing tasik.

Malangnya, ketiga-tiga gadis tadi tidak rela mahkota sucinya dirampas dengan mudah. Mereka melawan. Bagi mereka, lebih rela nyawa melayang daripada menyerah kalah. Akibatnya terjadilah pertarungan sengit di pinggir tasik itu.

Hebat! Ketiga-tiga anak gadis dari kampung hujung tasik itu langsung tidak mahu mengalah. Mereka mempertahankan kesucian diri sehingga nafas yang terakhir. Gerombolan lelaki itu akhirnya berjaya menewaskan anak gadis tiga orang. Wah, apa lagi, mereka meratahnya bagaikan harimau mendapat mangsa.

Kerana sesalan yang tidak berpenghujung dan rasa cemas yang datang secara tiba-tiba, mereka mengambil jalan pintas menyembunyikan kesalahan lalu ketiga-tiga mayat gadis itu dilontarkan ke dalam tasik.

Serentak itu air tasik bergelora, hujan panas pun turun lebat. Titisan hujan bagaikan mutiara berkilauan di dada tasik tanda menangisi kematian tiga gadis itu.

Anehnya belum pun hujan panas berhenti, tiba-tiba ketiga-tiga anak gadis tadi kelihatan bergurau senda sesama mereka sambil berenang di tengah tasik.

“Sampai hari ini masih ramai orang berjumpa ketiga-tiga anak gadis itu sedang bermandi-manda di tengah tasik.

“Apabila hari mendung atau hujan panas, terutama sebelah senja selalu orang nampak ketiga-tiga gadis itu berenang-renang di tasik,” dakwa Darini Abdullah, 32, penjual rojak buah dan air minuman di kawasan letak kereta tasik itu.

Menurut Darini lagi, penunggu tasik itu seekor ular sawa sebesar satu pemeluk.

“Saya rasa ia hanya jelmaan sahaja. Sebenarnya mungkin jin atau orang halus menampakkan dirinya seperti ular sawa pada masa tertentu,” kata Darini lagi.

Darini memberitahu lagi, hanya sejak sepuluh tahun kebelakangan ini barulah orang ramai mengunjungi tasik itu, terutama selepas dibina taman rekreasi oleh pihak majlis perbandaran. Sebelumnya orang amat takut melintasi di tepi tasik itu apabila menjelang senja.

Katanya, pernah satu waktu ibunya sendiri tersampuk penunggu ular sawa di Tasik Melati.

“Satu senja emak saya melintasi di tepi tasik itu sambil menyorong basikal kerana ia penuh dengan barang-barang.



Tuesday, 14 May 2013

Kisah Seram : bunyi misteri itik dan kematian ayam


Kisah benar ini pernah berlaku di perkampungan Jalan Sawi, Geylang Serai, dalam tahun 1967. Semasa itu saya berusia 19 tahun dan tinggal bersama ibu dan adik saya. Waktu itu jam menunjukkan pukul 11.30 malam dan mata saya masih degil untuk tidur, entah mengapa. Walaupun saya cuba melelapkannya, tidak berdaya kerana badan saya terasa makin gelisha. 


Sejurus kemudian, tiba tiba saya terdengar bunyi 'itik-itik' yang dipercayai datangnya dari reban saya yang terletak tidak jauh dari luar rumah saya itu. Saya terdiam seketika apabila jelas mendengar bunyi 'itik2' tersebut dan juga hairan sekali kerana apa yang diketahuainya ialah obu hanya memelihara beberapa ekor ayam sahaja di reban itu.
Saya juga pasti jiran jiran saya yang tinggal berdekatan juga tidak seorang pun yang mempunyai reban ayam atau itik disitu. 


Saya sengaja tidak memberitahu kejadian tersebut pada ibu atau adik saya kerana saya tidak suka menggangu mereka yang ketika itu sedang nyenyak tidur.
Kian lama bunyi itu kian mendekat kedengaranya seolah olah ian berbunyi di depan telinga. Saya menjadi semakin takut dan akhirnya terpaksa mambaca ayat kursi beberapa kali yang terdaya untuk meredakan rasa seram. 


Kemudian saya pun tertidur tanpa menyedari dengan apa yang berlaku selanjutnya.Tetapi pada keesokan harinya pula, alangkah terkejutnya saya apabila melihat bahawa kesemua ayam ayam saya itu didapati mati bergelimpangan di dalam reban nya.
Bersabit dengan kejadian demikian, saya pun menceritakan segala galanya kepada ibu saya tentang peristiwa aneh yang berlaku semalamnya.


Monday, 13 May 2013

Kisah Seram : PENGALAMAN NGERI SEORANG PENGGALI KUBUR



 "Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat. "Aii.. menung nampak? Kenapa?" tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar, Johor.

"Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah," saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala.

Mari pergi kat pondok... mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji, overtime dll. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah," tambah Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya.

"Pergilah dulu, nanti aku datang," balas saya lantas duduk termenung.

Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya. Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin mendesak.

Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal si mati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah...

Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit.

Eee.... seramnya. Macam mana agaknya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya ? Kalau dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak boleh, kita seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal'azim...

Saya masih lagi duduk melangu di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan mengacau fikiran.

Pergi... pergi sekarang ! Johar, masa inilah kalau nak cuba . Kawan- kawan dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya.

Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di telinga.

Cepat, cepat, cepat ! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi ? ' Kan engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut ? Allah, bukannya kena tangkap, bukannya boleh mati ...

Jadi bisu ? Sakit, lepas tu mereng sampai mati Jangan pedulilah, tu cerita orang saja. Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat!

Dimulai lafaz Bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai persediaan. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak kematian sekali gus, taklah timbul masalah.

Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah, lailahaillallah, lailahaillallah...

Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh.

Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang pernah didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata.

Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu. Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran.

Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya memang gila, mana boleh manusia hidup menyeberangi ke alam barzakh, tapi saya ingin juga merasainya.

Lailahaillallah

Lailahaillallah

Lailahaillallah

Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan.

GGRUUMMM... PPPRRAAAPPP!!

Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi sisi tanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan.

"Ya Allaaaaahhh... apa yang berlaku ini ? " saya menggeletar kerana bunyi itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti hendak mengalir.

GGGRRRRUUUMMM...

Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku..

Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut.

ARGGHKKK... ERRRKKKKKKK

Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah, takut yang amat sangat.

AARRKKK... UUURRRKKGGH!!!

Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi.

Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba... PPPR-RRAAPPPPP!!!... bunyi papan patah berderai.

PRRAAKK... TTAAPP... PRRAAPP!

Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran pula tulang-temulang patah !

Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya. Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu. Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah berderap-derap.

Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku, tiba-tiba satu deruan angin yang amat dahsyat datang menerpa. Desingannya menyakitkan telinga. Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga hitam yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang membara, merah menyala.

Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis, namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh, panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya masak.

"ARGGGHHHH" Jangan pukul aku lagiiiii!!!" saya meraung apabila lembaga itu memukul kaki saya.

Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu membakar daging paha saya.

"Arrgghhh... sakit, sakiiittt!!" saya meraung-raung, tapi lembaga hitam besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya.

Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda gempa.

Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan sekah, tetap kedengaran. Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap lagi, patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi panas.

Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta. Suasana terasa hening.

"Johar... Johar !! " sayup-sayup nama saya dipanggil.

Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata.

"Johar... bangun, bangun!" nama saya dipanggil lagi, badan digoncang-goncang.

Saya buka mata sedikit. Ooo... rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur.

Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar beritahu, selepas menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta mandur mencari saya untuk membayar wang kerja lebih masa. Lama mencari, akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang bersilat seorang diri.

"Engkau menepis sana , mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau tumbuk.. Aku ambil air. Aku simbahlah," kata Bakar sambil menunjukkan baldi yang digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan.

Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya.



Nuffnang Ads

Followers