Monday, 15 October 2012

Filled Under:

BUAH MANIS buah ajaib




buah ajaib(nama saintifiknya, synsepalum dulcificum)atau nama lainnya beri manis dikatakan buah ganjil dalam keluarga beri.Ia berasal dari barat negara Afrika. Ia dikatakan ganjil dan menakjubkan kerana kewujudan sejenis bahan dikenali sebagai  MIRAKULIN atau sumber pengganti gula yang banyak kandungannya dalam setiap biji buah ini,selain bahan lain bernama GLIKOPROTIEN. Ajaibnya, hasil kajian , buah ini secara sendirinya tidak mempunyai banyak kandungan gula dan rasanya tidak terlalu manis ketika dimakan.Tetapi beberapa saat ia di dalam mulut anda kandungan glikoprotien akan sebati dalam lidah dan ia tidak akan hilang selama  beberapa jam!Katakan, selepas sejam anda makan buah lain seperti lemon,anda tidak akan merasa ia seperti lemon . Malah lidah anda akan merasa terlalu manis seperti meminum sirap bergula!Para pengkaji sendiri masih belum pasti mengapa ia berlaku tetapi dipercayai deria peka lidah bertindak begitu pantas menangkap rasa manis buah ini dan menghantarnya ke otak hingga menjadi ia kekal di lidah dalam jangka masa yang lama. Sekitar tahun 1970-an ,buah ini pernah dikomersialkan sebagai ubat diet kerana ia tidak mengurangkan nilai kalori dalam makanan tetapi desakan pengusaha syarikat gula memakasa  pihak berkuasa  melarang penjualannya.Tetapi, sejak tiga tahun lalu, populariti beri manis kembali meningkat dan menjadi hidangan eksklusif di majlis mewah di Afrika .Kini,beri manis juga dikeringkan dan dieksportke luar negara..




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers