Friday, 26 October 2012

Filled Under:

Farid-Diana nikah 3 November depan

Farid-Diana nikah 3 November depan
Ditulis oleh Rosli Manah Selasa, 16 Oktober 2012 16:58


Setelah lebih sebulan bertunang dengan pelakon muda Diana Danielle, pelakon Farid Kamil dan tunangnya itu akan bersatu pada 3 November depan. Majlis pernikahan akan diadakan di Hotel Flamingo, Ampang, Kuala Lumpur.
Farid memberitahu media semasa ditemui pada majlis pelancaran filem PE3 lakonan dan arahannya di Sunway Pyramid malam tadi. Farid, 30, memilih tarikh itu kerana berdekatan dengan hari ulang tahun Diana, 21, pada 21 November.


Diana dah sedia jadi isteri Farid.
"Secara tak langsung saya dapat meraikan hari ulang tahunnya," kata Farid.
Dia bersedia membuat pengumuman kerana sudah mendapat keizinan daripada kedua-dua ibubapa mereka.
Dia juga sudah mula membuat persiapan menjelang hari bersejarahnya itu. Mereka juga akan menghadiri kursus perkahwinan dalam masa terdekat.
Mangga Online doakan semoga pasangan ini akan kekal bahagia dan lenyaplah segala kontroversi pasal hubungan mereka.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers