Safee mengaku dah ada kekasih | |
|
Safee juga memberitahu wanita itu bukanlah artis atau orang ternama. Dia enggan lagi mendedahkan kisah peribadi khususnya pasal hubungan dengan wanita kepada umum. Agaknya dia tak mahu terjadi sensasi sebagaimana semasa kes perceraiannya dulu. "Pada masa ini biarlah hal peribadi menjadi hal peribadi dan tidak dikongsi dengan masyarakat," kata Safee kepada wartawan Utusan sebagaimana yang dilapor hari ini. Safee kini dilantik sebagai duta haruman terbaru untuk lelaki oleh Avon iaitu Centre Action. Pelancarannya dijalankan di pejabat Avon di Petaling Jaya hari ini. Wangian itu sangat sesuai untuk lelaki yang aktif sebab itu pihak Avon memilih Safee sebagai dutanya. Sementelah lelaki itu memiliki peminat ramai dan dikagumi permainannya di atas padang. Kata Safee walaupun hatinya sudah dimiliki, namun dalam masa terdekat dia belum lagi mahu menamatkan status duda yang dipegangnya kini. "Kahwin... belum tahu lagi. Biarlah saya selesaikan dahulu semua kerja saya. Insya-Allah kalau ada jodoh tidak ke mana. Saya harap selepas ini tidak ada lagi gosip liar semacam ini (dia dikatakan berpegangan tangan dengan Julia Hana di Langkawi)," kata Safee. Kata Safee dia sendiri tidak mengenali Julia, macam mana boleh timbul cerita mereka berpegangan tangan. Dia melihat wajah Julia setelah search di Internet apabila terbaca gosip yang mengaitkan namanya dengan wanita itu. Nampaknya bintang bola sepak juga menjadi tarikan dengan kisah cinta mereka. Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apex) juga sudah mengaku menjalin hubungan istimewa dengan pengusaha butik pengantin di Kota Bharu, Kelantan, Leuniey Natasha. |
Halo, Safee, striker menakutkan dan haus gol
ReplyDelete