Saturday 27 October 2012

Filled Under:

Haram jual daging korban


JAKARTA: Setiausaha Badan Pelaksana dan Pengelola Masjid Istiqlal, Subandi berkata, pihaknya tidak pernah menjual daging haiwan korban, tetapi ia dilakukan oleh golongan fakir miskin yang menerima daging korban berkenaan.
“Kami tidak pernah menjual daging haiwan korban kepada masyarakat kerana hukumnya haram. Berdasarkan pengalaman tahun lalu, kami mendapati ia dilakukan oleh golongan fakir miskin yang menerima daging itu,” katanya.

Menurutnya, perkara itu dilakukan golongan terbabit kerana mereka lebih memerlukan wang berbanding daging yang diberikan.

“Mungkin mereka tidak mempunyai alat untuk memasak dan memilih untuk menjualnya. Biasanya penjualan itu dibuat di luar Masjid Istiqlal,” katanya.

Ulama Majlis Ugama Islam wilayah Riau, H Madini berkata, menjual kulit dan bahagian lain haiwan korban adalah haram kecuali selepas ia diberikan kepada fakir miskin. Madini berkata, bahagian tubuh atau kulit haiwan korban jika dijual akan menimbulkan syubhah. - kompas.com



Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/27 




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers