Saturday 27 October 2012

Filled Under:

Radiasi dalam ikan bukti loji nuklear bocor


TOKYO: Tahap radiasi yang lebih tinggi daripada biasa ditemui dalam ikan yang ditangkap di perairan timur Jepun, selepas setahun bencana loji nuklear Fukushima berlaku dan ini menunjukkan masih terdapat kebocoran di loji itu.
Pakar kimia marin, Ken Buesseler dari Institut Oseanografi Woods Hole mengkaji data rasmi Jepun ke atas tahap sesium dalam ikan, kerang dan rumpai laut yang dikumpul berhampiran loji nuklear itu.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Sains Amerika Syarikat semalam, Ken membuat kesimpulan, pencemaran yang berpanjangan itu mungkin disebabkan kebocoran tahap rendah daripada loji nuklear itu atau mendapan tercemar di dasar laut. - AFP



Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/27 




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers