Sunday, 11 November 2012

Filled Under:

HANEZ SURAYA SUKA CARI PASAL

HANEZ SURAYA


FIKIR-FIKIR, Diva memang tak faham dengan sikap orang yang suka cari gaduh atau berangan dia sahaja yang betul. Minta simpanglah perangai buruk itu dalam hidup Diva dan sesiapa pun di dunia ini.
Bukan sahaja Diva, ramai rakan artis juga tertanya-tanya siapa sebenarnya Hanez Suraya. Diva memang tak pernah bertegur sapa dengan pelakon yang konon-kononnya kekasih Awi Rafael itu.
Telinga Diva penuh dengan 'cerita-ceriti' si Hanez yang putih gebu itu. Kaedahnya, dah macam cari publisiti murahan pun ada lagaknya.
Rasa-rasa Diva, semua orang dah tak ambil peduli kehadiran Hanez pada majlis hiburan. Dalam kisah lain, dia ditegur oleh seorang penyanyi di Twitter tak berapa lama dahulu, alih-alih, timbul pula kisah dia bergaduh secara terbuka di laman sosial Instagram.
Tak pasal-pasal timbul kes bergaduh. Diva tak tahulah secara terperinci punca kejadian, tapi setahu Diva, orang yang disemburnya itu tak ada niat nak ungkit kisah lama atau nak buat hal tak tentu arah. Pening juga Diva dengan perangai Hanez ni. Seperti mencari publisiti murahan sahaja!
Diva: Malam ini bakal berkumpul semua artis di PWTC, Kuala Lumpur sempena Yayasan Artis 1 Malaysia..sumber;




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers