Walaupun keadaan fizikal luaran bayi ini nampak sihat, dia sebenarnya bertarung nyawa untuk melawat penyakit yang dihidapi
KOTA BHARU - Tidak tahan melihat bayinya menderita sukar bernafas akibat gangguan fungsi paru-paru, seorang bapa sanggup menyedut hingus anak itu dengan mulutnya sendiri.
Keadaan tersebut menjadi rutin Halili Harun,35, selepas anak bongsunya yang berusia enam bulan disahkan menghidap 'Eventration of Right Hemidiaphragm' sejak lima bulan lalu.
Akibat penyakit itu, Muhammad Afiq Hazwan sering kali lemah dan kadang kala kejang secara tiba-tiba. Halili berkata, keadaan bertambah cemas apabila anak kesayangannya itu selesema dan dilihat ‘lemas’ apabila dia sukar bernafas.
“Ketika itu, hanya Tuhan yang tahu perasaan saya. Saya akan bertindak menyedut hingusnya dengan mulut sendiri.
Semua rasa jijik dan loya hilang serta-merta. Perkara yang saya ingat pada masa itu hanyalah usaha untuk menyelamatkan anak kecil ini,” katanya, semalam.
Menurutnya, lebih memburukkan tahap kesihatan anaknya itu apabila turut disahkan
mengalami 'Congenital Adrenal Hyperplasia' iaitu penyakit kekurangan hormon sejak dilahirkan Mei lalu.
“Bermula daripada tarikh itu, saya dan isteri Azura Salleh,35, kerap berulangalik dari Sabak ke Hospital Universiti Sains Malaysia bagi merawat dua penyakit anak kami ini.
“Paling kurang dia perlukan rawatan sehingga tiga kali seminggu dan semua itu perlu perbelanjaan banyak hingga terpaksa menangguhkan bayaran bil hospital,” katanya.
Katanya, dia berbesar hati jika ada pihak sudi bantu meringankan bebannya, tambahan pula bayinya itu perlu jalani pembedahan segera.
“Mengikut kata doktor, pembedahan itu akan menelan belanja RM28,000. Saya hanya mampu kerja sebagai buruh dengan berpendapatan tidak menentu sekitar RM500 hingga RM600 sebulan.,” katanya.
Derma boleh disalurkan ke akaun BSN Halili Harun 0310029000820056 atau hubungi talian 0129452439.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...-anak-1.102476
Sunday, 11 November 2012
Filled Under:
kasih seorang ayah samggup sedut hinggus anak
Posted By:
zamri spoon
on 01:33
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment