Bandar Ekibastuz terletak dalam wilayah Kazakhstan. Pada tahun 2007, ia mempunyai populasi penduduk seramai141,000. Pada Disember 1954, ia merupakan satu masa yang penting buat bandar arang batu ini, kerana pada tahun itulah, keretapi pertama yang keluar dari bandar ini membawa arang batu. Semenjak dari itu, perindustrian mula berkembang di Ekibastuz, yang akhirnya pada tahun 1955, arang batu yang ke jutaan tan telah dihasilkan.
Ekibastuz mendapat taraf sebagai sebuah bandar hanya pada 12 Julai, 1957. Ekibastuz telah diiktiraf oleh Guinness World Record sebagai bandar yang mempunyai lombong arang batu terbuka terbesar di dunia dengan penghasilan hampir 74 juta tan arang batu bagi setiap km. Di sini jugalah, terdapatnya jentera pelombong arang batu yang terbesar di dunia.

Sumber: http://syokbebenor.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment