Unik betul rumah ini. Casa Batllo ialah sebuah bangunan yang direka oleh Antoni Gaudi dan Joseph Maria Jujolpada tahun 1877. Pada asalnya, ia dibina untuk dijadikan kediaman golongan kelas pertengahan.
Sekali pandang dari luar, strukturnya seperti dibina menggunakan tengkorak dan tulang. Tengkorak itu hakikatnya adalah balkoni, manakala tulang itu pula adalah tiang yang menyokongnya. Sementara itu, tingkapnya berbentuk bujur dan disempurnakan dengan rekaan batu yang dipahat.
Siap dibina dan diubah suai pada tahun 1904, tiada siapa ketika itu menyangka ia bakal menjadi bangunan ikonik di Barcelona, Sepanyol. Kediaman ini sebenarnya direka untuk dihuni Josep Batllo, seorang aristokrat kaya. Tokoh itu tinggal di dua tingkat bawah Casa Batllo manakala tingkat-tingkat atasnya disewakan sebagai apartmen.
Nama tempatan bagi bangunan ini ialah Casa dels Ossos yang bermaksud rumah tulang kerana pola perhiasannya yang unik.
Gambar Casa Battlo | Bangunan Tulang Barcelona
http://syokbebenor.blogspot.com
Kredit Foto: About.com
0 comments:
Post a Comment