Mungkin ramai yang tak tahu, Restoran West Lake merupakan restoran paling besar di dunia. Restoran yang terletak di Changsa, Daerah Hunan di China ini boleh menempatkan sehingga 5000 tetamu pada satu-satu masa.
Ia memegang rekod sebagai restoran masakan cina terbesar di dunia dan antara restoran paling besar menerusiGuinness World Record.
Restoran ini telah dibuka pada Oktober 2004, setelah mengambil masa selama setahun untuk dibina dan disiapkan. Ia mempunyai keluasan sehingga 5.8 hektar, dengan bahagian restoran ini terbahagi kepada 4 bahagian utama.
Restoran West Lake ini mempunyai lebih dari 300 chef dalam 5 buah dapur yang berbeza. Dan setiap minggu hampir 700 ayam dan 2,600 pound daging babi dihidangkan di restoran ini.
Sumber: Wikipedia
Sumber: Wikipedia
0 comments:
Post a Comment