Friday 7 December 2012

Filled Under:

fuyo!! 4 Primadona Hentam 3 Personaliti Mulut Laser


4 Primadona Hentam 3 Personaliti Mulut Laser
KUALA LUMPUR, 7 Disember 2012: Siapa sangka dalam penampilan serba cantik dan menawan 4 hos utama rancangan bual bicara popular, Primadona iaitu Erra Fazira, Raja Azura, Ziela Jalil dan Rozita Che Wan, mereka rupa-rupanya sangat berbisa.
Mereka juga telah berjaya mengupas, menggali serta menundukkan 3 tetamu undangan program tersebut iaitu Azwan Ali, Reza Mohamed dan Ayie Ali (murai.com.my) bagi mengupas isu Lelaki Mulut Laser.
Bakal ditayangkan jam 9 malam ini di Astro Prima (saluran 105), beberapa soalan bernas daripada 4 Primadona itu telah membuatkan 3 personaliti TV itu panas punggung. Apatah lagi apabila subjek Lelaki Mulut Laser sering dikaitkan dengan mereka yang berkecimpung di dalam industri hiburan.
Malah Erra Fazira yang sangat terkenal dengan personalitinya yang lembut juga nampaknya agak agresif untuk menggali jawapan daripada wakil media daripada industri hiburan, Ayie Ali.
Sementara itu Rozita Che Wan yang sering maintain cantik dengan bulu mata palsunya juga tidak mahu ketinggalan menyogok dengan beberapa soalan panas kepada panel jemputan terutama sekali Azwan Ali.
Malah nampaknya, Azwan Ali yang sangat terkenal dengan mulut lasernya juga seolah-olah tidak mampu mengawal emosinya ketika rakaman temubual itu diadakan sehingga tingkah lakunya ditegur oleh pengacara senior Raja Azura.
Bagaikan 'buku bertemu dengan ruas' kedua-dua mereka berdebat hangat bagi mendapatkan kupasan hebat tentang subjek Lelaki Mulut Laser yang boleh dianggap normal dalam kehidupan masyarakat hari ini.
Kemunculan Reza Mohamed sebagai panel ketiga rancangan itu seakan memberi jawapan jelas, terutama apabila Ziela Jalil menjadi penyejuk di tengah-tengah kupasan topik berkenaan.
Lebih banyak lagi kejutan dan emosi panas berlaku di dalam gelanggang Primadona yang akan ditayangkan malam ini, di Astro Prima, jam 9 malam dan ulangan Ahad ini jam 6 petang.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers