Friday 7 December 2012

Filled Under:

fuyo!! Azwan Ali Jawab Kenapa Dia Tak Serik-Serik Melaser




KUALA LUMPUR, 7 DIS 2012: Ada sebab kenapa pengacara sensasi, Azwan Ali masih tidak serik-serik untuk melaser segelintir pihak dengan ayat-ayat cintanya yang penuh kreatif menerusi laman sosial media seperti twitter.

Perkara itu telah didedahkan sendiri oleh Azwan Ali di dalam program bual bicara Primadona yang bakal bersiaran di Astro Ria jam 9 malam ini.

Pendedahan itu dibuat selepas Azwan Ali telah diserang bertubi-tubi oleh 4 hos Primadona yang jelita iaitu Datin Seri Ziela Jalil, Erra Fazira, Raja Azura dan Rozita Che Wan tentang sikapnya dilihat masih tidak serik-serik untuk melaser sekalipun dia pernah berazam untuk mengubah sikapnya itu.

Apakah jawapan Azwan Ali terhadap 4 hos Primadona itu? Dan apa pula kata 2 tetamu undangan Primadona iaitu Reza Mohamed serta Detektif Stailista Haswari Ali atau Ayie yang juga merupakan editor murai.com.my terhadap kupasan topik lelaki mulut laser?

Segalanya dapat disaksikan menerusi primadona di Astro Ria pada malam ini.
sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers