Monday 10 December 2012

Filled Under:

fuyo!! Didakwa Kurang Ajar, Neelofa Tak Mahu Komen Apa-Apa


Didakwa Kurang Ajar, Neelofa Tak Mahu Komen Apa-Apa
KUALA LUMPUR, 10 DIS 2012: Sejak akhir-akhir ini banyak betul kontroversi yang dikaitkan dengan pengacara dan pelakon, Neelofa. Terbaru ialah mengenai status Twitter seorang pereka fesyen baru, Nurita Harith yang mendakwa pengacara program 'MeleTop' itu sebagai tidak profesional dan kurang ajar.
Untuk mendapatkan penjelasan Neelofa berhubung isu ini, portal Murai.com.my cuba mendapatkan komen daripada pelakon kelahiran Kelantan ini. Bagaimanapun pelakon cantik itu enggan mengulas lebih lanjut berkenaan status Tiwtter yang diketengahkan Nuritha Harith.
"Maaf. Lofa tak nak komen apa-apa. Sebenarnya ramai wartawan yang telefon dan bertanyakan tentang perkara ini, tetapi Lofa memang tak bagi komen kepada siapa-siapa pun. Minta maaf ya," katanya ketika dihubungi.
Portal Murai menghormati permintaan Neelofa itu dan menganggap Lofa tidak mahu memperbesar-besarkan perkara ini atas alasan tertentu.
Kepada Neelofa yang akan berangkat ke Dubai untuk bercuti bersama keluarganya esok, selamat bercuti dari warga Murai.
Neelofa akan ke Dubai selepas selesai rakaman program MeleTop di Astro Ria.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers