Friday 7 December 2012

Filled Under:

fuyo!!! Dongho pemburu samseng






PENYANYI remaja Korea Selatan, Shin Dongho yang merupakan ahli kumpulan terkenal, U-Kiss kini semakin mengorak jauh ke hadapan dengan menceburi bidang lakonan.
Memulakan kerjaya seni sebagai penyanyi berkumpulan, dia yang merupakan ahli paling muda dalam kumpulan U-Kiss itu memegang watak dalam sebuah drama bersiri yang diadaptasi daripada sebuah komik nukilan Kouji Mori.
Jalan cerita drama aksi berjudul, Holyland itu berkisar mengenai seorang remaja yang suka merayau-rayau di jalanan yang akhirnya bertemu cinta dan mempelajari erti persahabatan setelah mempelajari ilmu sukan tinju.
Dongho melakonkan watak sebagai Kang Yoo yang merupakan seorang remaja yang tidak boleh serasi dengan orang sekeliling sama ada di rumah mahupun di sekolah.
Dia kemudian mula mempelajari asas sukan tinju menerusi sebuah buku. Dia menggunakan ilmu seni mempertahankan diri yang dipelajarinya sendiri itu ketika menentang sekumpulan samseng di jalanan.
Bermula pada detik itu dia digelar sebagai pemburu samseng.
Penyanyi berusia 18 tahun yang kian melonjak namanya itu sempat berkongsi pengalaman mengenai lakonannya dalam Holyland yang turut dilakonkan seorang lagi anggota U-Kiss, Hoon menerusi satu temu bual bersama media Korea Selatan baru-baru ini.
Bagaimanakah anda boleh terlibat dalam drama Holyland?
DONGHO: Saya membaca manga (komik) untuk belajar tentang watak. Saya tidak boleh meletakkan penilaian terlalu tinggi kepada diri kerana banyak lagi perkara yang perlu saya belajar. Saya akan cuba untuk menjadi pelakon yang lebih baik.
Bolehkan anda berkongsi pengalaman tentang cabaran yang anda hadapi ketika berlakon dalam Holyland?
Sebelum penggambaran, saya perlu mempelajari seni mempertahankan diri dan tinju yang agak sukar. Ia menyebabkan keletihan fizikal, tambahan pula dengan konsert jelajah U-Kiss.
Adakah anda berasa hebat untuk digelar sebagai 'pemburu samseng' kerana latar belakang watak anda dalam Holyland itu?
Saya berasa seperti diri Kang Yoo ketika berlakon. Sudah pasti saya tidak seperti dia dalam kehidupan sebenar.
Apakah perkara menarik yang tidak boleh anda lupakan ketika berlakon dalam Holyland?
Kebanyakan babak lakonan saya bersama Hoon dan saya memukul dia dalam babak perlawanan. Dalam kehidupan sebenar, saya tidak boleh memukul dia kerana dia lagi tua daripada saya tetapi saya dapat lakukannya dalam lakonan (ketawa).
Adakah anda memang meminati sukan tinju sebelum terlibat dalam drama ini?
Saya tidak begitu meminati sukan, tetapi saya ada melakukan sedikit senaman bagi mengekalkan bentuk badan.
Adakah sebarang kecederaan atau kemalangan berlaku ketika beraksi melakonkan watak dalam drama ini?
Tidak.
FIGURA comel ini bakal muncul menerusi filem pertama lakonannya, Don't Cry Mommmy.


Antara kerjaya lakonan dan menyanyi, mana satu anda lebih suka? Adakah susah untuk melakukan dua kerja dalam satu masa?
Banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari. Menyanyi merupakan perkara yang telah saya lakukan sejak sekian lama, namun berlakon ini baru sahaja, jadi ia agak menggusarkan saya. Saya cuma mahu lakukan yang terbaik.
Adakah anggota U-Kiss yang lain berkata sesuatu apabila anda sibuk dengan kerjaya berlakon dan persembahan nyanyian yang tidak putus-putus?
Mereka semua memberi galakan dan nasihat kepada saya selepas menonton drama tersebut. Saya melakukannya bersama-sama Hoon termasuklah membaca skrip bersama - segala-galanya sangat menyeronokkan.
Anda dikejarkan ke hospital baru-baru ini berikutan masalah paru-paru. Apakah status kesihatan anda sekarang?
Saya sangat sakit pada ketika itu tetapi sekarang saya sudah sihat sepenuhnya.
Bagaimanakah anda menjalani kehidupan sebagai seorang remaja yang dalam masa sama bekerja pada usia muda?
Saya banyak ponteng sekolah kerana sibuk dengan jadual nyanyian bersama U-Kiss. Saya akui kesal kerana tidak dapat pergi ke sekolah bersama kawan-kawan. Saya selalu berasa gembira dan merasakan saya seorang budak yang baik sungguhpun saya tidak tahu apa yang ibu bapa saya katakan mengenainya (ketawa).
Apakah impian terbesar anda?
Saya mahu melihat diri saya menonjol dalam setiap perkara yang saya lakukan.
Apakah projek terkini anda?
Filem kegemaran saya ialah Don't Cry Mommy yang mana saya terlibat sama dalam filem itu. Ia akan ditayangkan tidak lama lagi.
Ada sebarang pesanan untuk peminat anda di Malaysia?
Hai peminat-peminat di Malaysia! Terima kasih banyak atas sokongan berterusan daripada anda! Drama Holyland akan disiarkan tidak lama lagi. Saya berharap anda akan menonton dan menyukainya. Saya akan selalu berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada kalian. Saya sayang anda semua!


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1206&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz2EHkUcoBA 
Hakcipta terpelihara 




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers