Wednesday, 5 December 2012

Filled Under:

fuyo!! Khairul tak berani letak sasaran




KHAIRUL mengambil sikap merendah diri menjelang saingan Piala Yamaha yang bermula esok hingga Sabtu ini.


PELUMBA termuda pasukan Yamaha Malaysia, Mohd. Khairul Ikwan Ajis tidak meletakkan sebarang sasaran pada penampilan sulungnya pada Kejuaraan Motosikal Piala Yamaha Asean yang akan berlangsung di Manila, Filipina bermula esok hingga 8 Disember ini.
Bagi pelumba berusia 13 tahun itu, agak sukar buatnya menempatkan diri di kedudukan terbaik kerana dia baru menjinakkan diri dalam perlumbaan ini.
"Saya masih baharu dalam perlumbaan Piala Yamaha Asean. Lagipun saya perlu berhadapan dengan pelumba-pelumba yang jauh berpengalaman termasuklah rakan-rakan dari Malaysia.
"Jadi, sebab itulah saya tidak mahu terlalu berharap ataupun meletakkan sebarang sasaran," jelas Khairul.
Dia dipilih melalui penyertaannya dalam satu perlumbaan pengeluar Piala Siri Super Yamaha 135 Petronas pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2012.
Pada penampilan pertamanya nanti, Khairul bakal berhadapan dengan pelumba- pelumba luar negara dan dia akan beraksi dalam kategori Transmisi Automatik bersama-sama empat pelumba lain iaitu Mohd. Rozaliman Zakaria, Mohd. Nasri Ishak, Che Ku Amriq Che Ku Junaidi dan Amirul Hakim.
"Saya sebenarnya tidak menyangka mendapat peluang seperti ini. Saya akan menjadikan pertandingan ini sebagai medan menimba pengalaman untuk meningkatkan lagi prestasi saya pada masa akan datang.
"Cuma, saya tidak akan memandang mudah dan tetap berjanji akan memberikan aksi yang terbaik di Manila nanti," jelas pelumba berasal dari Negeri Sembilan ini.
Diminta mengulas mengenai pencabar utama pada Piala Yamaha Asean nanti, Khairul berkata, dia tidak tahu mengenai kemampuan pencabar-pencabar dari negara lain.
Menurutnya, daripada apa diceritakan oleh rakan-rakan sepasukan yang pernah beraksi pada peringkat Asia, pelumba Indonesia dan juga Thailand merupakan pesaing-pesaing hebat.
"Namun, barisan pelumba Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Saya rasa peluang untuk pelumba negara merangkul podium tidak menjadi satu masalah," katanya.
Selain kategori Transmisi Automatik, kontinjen Malaysia ke Manila turut dibarisi lima pelumba muda terdiri daripada Ahmad Afif Amran, Mohd. Shariffudin Shamsuddin, Mohd. Taufiq Roslan dan Mohd. Hafiz Nor Azman yang akan beraksi dalam kategori Transmisi Manual.
Piala Yamaha Asean mula diperkenalkan pada tahun 2003 dan tuan rumahnya adalah mengikut giliran melibatkan negara Malaysia, Thailand dan Indonesia.
Pada tahun ini, buat pertama kalinya Filipina menjadi penganjur dan sesi latihan akan bermula pada Jumaat ini manakala perlumbaan akhir pula berlangsung Sabtu.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers