Tuesday, 4 December 2012

Filled Under:

fuyo!! Konsert JLO: Malam Bling Bling Buat Diva Curvy!




Konsert JLO: Malam Bling Bling Buat Diva Curvy!

KUALA LUMPUR, 3 DIS 2012: Ya! Bukan sekadar menjual keindahan punggungnya semata-semata, namun diva pop Jennifer Lopez benar-benar menghiburkan peminatnya di Malaysia menerusi konsert pertamanya dalam Dance Again World Tour Live In Malaysia 2012 pada malam tadi.

Malah, JLO, 42, yang sentiasa ditemani kekasihnya, Casper Smart, 26, yang juga adalah ketua kareografinya di dalam konsert jelajahnya itu juga sanggup kebasahan di dalam hujan bersama-sama dengan lebih 9,000 peminatnya yang telah membanjiri Stadium Merdeka, Kuala Lumpur seawal jam 6 petang lagi.

"Wow! Pentas ini sangat licin...," katanya yang hampir saja terjatuh sebaik saja membawakan lagu Love Don't Cost a Thing.

Namun, sebelum dia mengeluarkan kenyataan itu, dia sendiri tertawa dan ianya telah disambut dengan sorakan yang penuh daripada seluruh peminatnya di dalam stadium itu.

"Saya harap anda tidak kisah untuk berhibur di dalam hujan..., "katanya dan JLO kemudian terus memghiburkan penonton dengan lagu-lagunya yang cukup familiar di kalangan audiens.

Dalam Dance Again World Tour Live In Malaysia 2012, JLO telah membawakan hampir 25 lagu menggunakan beberapa props bergerak yang menarik. Antara lagu yang dieprsembahkan adalah I'm Into You, Feelin' So Good, Jenny from the Block, Let's Get Loud, Papi, On the Floor and Dance Again.

Dia juga turut mengenakan 6 kostum rekaan pereka fesyen Lebanon, Zuhair Muraid termasuk jumpsuit, catsuit dan leotard lace yang cukup seksi serta menonjolkan keindahan punggung serta bentuk badannya yang curvy sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers