Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com
Foto oleh Mazlan Yunos Photography
KUALA LUMPUR, 3 DIS 2012: Aktor Farid Kamil memohon maaf di atas kesulitan yang telah berlaku sepanjang majlis respsinya dengan Diana Danielle berlangsung , hingga membuatkan para rakan wartawan terpaksa menunggu lama untuk menemubual dia dengan isterinya itu.
"Pertama sekali saya memohon maaf kerana membuatkan anda(media) semua menunggu lama. Kami terpaksa memberi laluan kepada Astro Ria yang merupakan penyiar rasmi untuk majlis ini. Kerana pada awalnya tiada sebarang sidang akhbar diaturkan kerana sudah ada media rasmi.
"Di kesempatan ini juga saya sekali lagi ingin memohon maaf dengan kesulitan seperti bekalan elektrik terputus dan makanan habis.. Mungkin pihak catering mengambil sedikit masa untuk refill makanan. Harap semua dapat menikmati hidangan yang kami sediakan pada mala mini.
"Saya sudah rancang majlis ini untuk 600 orang tetamu sahaja, tetapi biasalah mungkin ada yang terlebih terkurang. Lagipun majlis ini sendiri diaturkan oleh saya, Diana dan keluarga tanpa sebarang penajaan luar.
"Ini yang termampu kami berikan dan kami sekeluarga khususnya mengharapkan anda gembira menghadiri resepsi saya dan Diana,"ucap Farid mengenai majlis resepsi yang diadakannya untuk kenalan serta pihak keluarga tersebut.
Mengenai penajaan, Farid Kamil mempunyai alasan sendiri mengapa mereka memilih untuk melangsungkan majlis ini dengan menggunakan wang sendiri.
"Kami bukanlah menolak penajaan tetapi setelah berlakunya kes tajaan ditarik balik dan sebagainya, saya dengan Diana rasa agak fobia dan risau. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami cuba lakukan apa yang termampu.
"Lagipun kadang-kadang tajaan yang diberikan menuntut kita mengikut cara mereka yang mungkin tidak sama dengan yang kami rancang daripada awal. Bila ada masalah kelak tajaan mungkin akan ditarik begitu sahaja dan kita terpaksa mencari alternatif atau penyelesaian lain.
"Bagi mengelakkan semua berlaku maka saya harap malam ini saya dan Diana dapat berkongsi kegembiraan kami dengan tetamu yang datang,"jelasnya mengenai majlis resepsi mereka pada malam tersebut.
Apapun, majlis resepsi Farid Kamil dengan Diana Danielle tetap berlangsung dalam suasana meriah biarpun sederhana. Kemeriahan yang datang daripada aturcara majlis seperti persembahan dan nyanyian, pertunjukkan formasi kuda dan pelbagai lagi aktiviti yang diaturkan oleh pihak pasangan pengantin buat 600 jemputan yang diundang pada malam Sabtu lepas di Taman Ekuestrian Putrajaya tersebut , sumber
0 comments:
Post a Comment