Friday 7 December 2012

Filled Under:

fuyo!! Peminat Diberi Kepercayaan Penuh Mengundi AJL 27


KUALA LUMPUR, 7 DIS 2012: Buat julung kalinya peminat atau orang awam diberi kepercayaan sepenuhnya untuk mengundi bagi kategori persembahan terbaik pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu yang ke 27 (AJL 27) yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 6 Januari 2013.
Pada malam kemuncak yang akan bermula pada jam 9 malam itu, orang awam termasuk penonton dicrumah dan di stadium boleh membuat undian menerusi pesanan ringkas SMS bagi menentukan persembahan manakah yang layak mendapat gelaran persembahan terrbaik.
Pengurus AJL 27, Muhamad Sufian Che Isa berkata tujuan pihaknya membuka peluang kepada orang awam untuk membuat keputusan mengundi dan memilih bagi persembahan terbaik malam itu adalah supaya AJL kali ini lebih dekat dengan penonton.
"Sudah tiba masanya untuk kami lebih dekat dengan penonton AJL sendiri. Saya percaya, penonton kini sudah semakin bijak dan mempunyai pandangan masing-masing. Jadi apa salahnya untuk satu kategori ini kami memberi percayaan penuh 100 peratus untuk mereka sendiri mengundi dan memilih.
"Kami hanya akan membuka undian daripada bermulanya perserta pertama sehingga 20 minit selesai peserta terakhir pada malam kemuncak itu nanti," katanya kepada murai.com.my dalam sidang media AJL 27 yang berlangsung di Hotel Empire, petang semalam.
Bagi anugerah kategori lain di AJL 27 akan dipilih memalui penjurian oleh 10 orang juri professional yang bakal terlibat.
Anugerah berprestij yang memberi pengiktirafan kepada lagu-lagu tempatan serta komposer itu akan menyaksikan 12 finalis yang akan mempersembahkan lagu-lagu yang layak ke AJL 27.
Antara 12 penyanyi berkumpulan dan solo itu adalah seperti Azlan &The Typewriter, Stacy, One Nation Emcee & Jimmy Palikay, Yuna, Hafiz, Adira, Amir Jahari, Bedroom Sanctuary, Black & RJ, Hazamq & Amy Search, Mojo dan Shila Amzah.
Membawa konsep yang unik iaitu Ekspresi Seni, Sufian memberitahu tema itu akan memberi kelainan yang lebih segar untuk pengajuran kali ini.
"Kali ini elemen Eksperesi Seni bakal diterapkan apabila muzik dan seni akan digabungkan untuk diekspresikan menerisi grafik dan imej serta disusuli dengan susunan muzik dan mempersembahkan istimewa yang mampu memberikan impak mendalam kepada penonton nanti," jelasnya lagi.
Hadiah berbentuk trofi dan wang tunai RM35,000 bakal diberikan kepada Juara Lagu ke 27, Naib Juara Lagu ke 27 pula meraihh trofi dan wang tunai RM15,000), sementara tempat ketiga akan menerima trofi dan wang tunai RM12 000, selain itu Persembahan Terbaik pula berpeluang memenangi trofi dan wang tunai RM10,000 dan Vokal Terbaik trofi dan wang tunai RM10,000.
AJL 27 juga masih mengekalkan pengacaranya pada AJL yang lalu, Faizal Ismail (FBI) Dan Sheryl Samad hos bagi penganjuran kali ini.
Selain diketuai oleh Muhamad Sufian Che Isa, sidang produksi AJL 27 turut dibarisi Khalijah Mohamed bertindak sebagai Penerbit Eksekutif serta bersama dua penerbit iaitu Hamsiah Biri dan Tenhku Sahilawati Tenhku Jehori.
AJL 27 juga sekali lagi dicetuskan oleh Xpax, jenama utama prabayar Celcom yang turut bertindak selaku penaja utama bagi majlis anugerah berprestij ini.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers