Friday 7 December 2012

Filled Under:

fuyo!! Peminat Menangis Sangka Adam Sudah Bertunang!


Peminat Menangis Sangka Adam Sudah Bertunang!

KUALA LUMPUR, 7 DIS 2012: Gara-gara status laman sosialn pembantu peribadi Adam AF2, Andy yang berbunyi 'tahniah atas pertunangan kepada bos', penyanyi lagu Benar-Benar Cinta didakwa sudah selamat bertunang dengan seorang gadis.
Hakikatnya, ucapan tahniah yang ditulis Andy itu bukanlah ditujukan buat Adam yang dipanggilnya bos, sebaliknya ucapan tersebut merupakan pesanan buat majikan kepada kawan baiknya,
Menjelaskan mengenai isu ini, Andy memberitahu, ramai sudah salah faham sehinggakan ada pihak yang telah menghubungi Adam untuk mengenal pasti kesahihan tentang berita ini.
"Untuk pengetahuan semua, Adam masih belum bertunang. Dia pun masih solo. Ucapan selamat itu bukanlah ditujukan untuk Adam. Ia adalah untuk kawan saya. Bagaimapun, disebabkan status saya ini, peminat setia Adam terkejut dan menjadi kecoh seketika," katanya kepada murai.com.my.
Dalam pada itu, Andy memberitahu ada segelintir peminat fanatik Adam menangis sebaik saja mendengar berita yang mendakwa Adam sudah bertunang,
"Disebabkan status saya ini, ada peminat menangis. Malah, ada yang tidak boleh menerima hakikat bahawa Adam sudah bertunang. Selepas mengetahui hal ini, Adam hanya tergelak. Ketika saya membuat status tersebut, Adam sedang merawat orang menerusi perubatan Islam.
"Terus-terang, sebagai orang yang rapat dengan Adam, Adam masih lagi single dan sedang mencari wanita yang boleh menjadi teman hidup untuk selama-lamanya," ujarnya.
Memberitahu mengenai status Adam, Andy menerangkan bahawa Adam masih lagi sedang mencari cinta.
"Setakat ini, Adam masih belum jumpa lagi wanita idaman. S Insya-Allah, Adam akan buka klinik perubatan Islam menjelang Januari 2013 di Damansara walaupun pada asalnya ia mula beroperasi pada bulan ini," jelasnya.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers