Monday 17 December 2012

Filled Under:

fuyo!! Zaiton: Dato` Khalid Sedang Jalani Operatian Hari Ini



Zaiton: Dato` Khalid Sedang Jalani Operatian Hari Ini

KUALA LUMPUR, 17 DIS 2012: Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah perkembangan suami kepada penyanyi Dato` Siti Nurhaliza iaitu Dato` Seri Khalid Mohd Jiwa selepas beliau ditimpa kemalangan yang teruk ketika menunggang motorsikal berkuasa tinggi bersama rakan-rakannya di Queenstown, New Zealand, beberapa hari lalu sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital yang berdekatan di sana untuk mendapatkan rawatan yang lebih lanjut.

Dalam perbualan portal Murai bersama Kakak Datin Zaiton Mohd Jiwa sebentar tadi, kakak kepada Dato` Khalid ini memberitahu bahawa ketika ini adiknya itu sedang menjalani pembedahan di hospital yang terletak di Invercargill, Queestown.


"Pembedahan sedang dilakukan untuk memulihkan semula kecederaan dalaman yang dialami Dato` Khalid selepas tangan, kaki dan bahunya patah akibat kemalangan yang tidak diduga itu.


"Selepas pembedahan ini dilakukan, barulah doktor dapat menentukan sama ada Dato` Khalid fit atau tidak untuk dibawa pulang semula ke Malaysia. Dan, sejak semalam, semua anak-anak Dato` Khalid sudah sampai di sini untuk melihat keadaan bapa mereka.


"Kak Ton pun tak tahu nak cakap apa lagi dan Kak Ton pun tak tahu bila Kak Ton dapat bawa Dato` Khalid balik ke Malaysia. Semuanya bergantung kepada keadaan Dato` Khalid. Tapi, apa yang boleh Kak Ton katakan keadaan Dato` Khalis stabil dan Kak Ton harap ramai yang akan doakan agar Dato` Khalid cepat sembuh," katanya.


Ditanya sejauh mana seriusnya kecederaan yang dialami Dato` Khalid kerana ada desas-desus mengatakan bahawa kecelakaan yang menimpanya itu agak teruk, Kak Ton menjawab: "Apa yang boleh Kak Ton katakan di sini bahawa kecederaan yang dialami Dato` Khalid memang agak serius," katanya.sumber





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers