Friday 7 December 2012

Filled Under:

go ! go !Khyril mahu lebur ego Thailand




KHYRIL tidak kesah biarpun diturunkan sebagai pemain gantian pada aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.


“WALAUPUN beraksi selama lapan atau 10 minit, saya tetap akan berusaha habis-habisan untuk menjaringkan gol buat skuad negara pada aksi menentang Thailand kelak.”
Demikian tekad penyerang Harimau Malaya, Mohd. Khyril Muhymeen Zambri yang semakin bersemangat untuk membantu skuad negara menjelang pertemuan menentang Thailand pada aksi separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.
Khyril yang berjaya menjaringkan satu gol ketika membantu skuad kendalian Datuk K. Rajagobal menewaskan Laos 4-1 pada aksi kedua Kumpulan B, disisihkan daripada skuad kebangsaan sebelum ini selepas ditimpa kecederaan.
Perasaan pemain dari Kedah itu untuk kembali bersama skuad negara semakin membara selepas menyaksikan kejayaan Harimau Malaya melangkah ke peringkat separuh akhir ekoran kejayaan menewaskan Indonesia 2-0 pada aksi terakhir peringkat Kumpulan B minggu lalu.
Begitupun, Khyril yang sekadar menjadi penonton ketika pasukan bimbingan Rajagobal menewaskan Sang Garuda menerusi jaringan Azamuddin Akil dan Mahalli Jasuli, menyedari perlu bekerja keras sekiranya berhasrat untuk menambat perhatian jurulatih.
Ini kerana prestasi cemerlang Azamuddin selain S. Kunanlan dan Wan Zack Haikal Wan Nor yang dijangka pulih sebelum bertemu Thailand, memberikan pelbagai pilihan kepada Rajagobal untuk menyenaraikan kesebelasan utamanya.
“Bagi saya, ia agak susah untuk mendapatkan tempat dalam skuad utama dan saya harus bekerja lebih keras, tambahan pula selepas ditimpa masalah kecederaan.
“Terpulang kepada jurulatih, kalau beliau bagi peluang lapan atau 10 minit untuk saya beraksi, ia sudah memadai.
“Kalau saya diberikan peluang, saya akan mempamerkan aksi terbaik selain bertekad membalas kepercayaan jurulatih,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa perlawanan persahabatan menentang pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Wisma FAM, Kelana Jaya malam kelmarin.
Pada aksi pemanas badan itu, skuad negara berjaya menewaskan PDRM 5-0 menerusi jaringan Norshahrul Idlan Talaha, Gary Steven Robbat, Safiq Rahim, Mohd. Bunyamin Umar dan Baddrol Bakhtiar.
Mengulas lanjut, Kyhril, 25, mengakui, dia berhasrat untuk membantu skuad negara dalam usaha mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF yang dimenangi dua tahun lalu.
Pada masa sama, dia menyedari Harimau Malaya perlu menggandakan usaha mereka sekiranya berazam untuk menewaskan Thailand yang tampil selaku pasukan pilihan pada aksi tersebut.
“Tidak dapat dinafikan, Thailand adalah sebuah pasukan yang cukup bagus.
“Namun, ia tidak bermakna kami akan memberikan laluan mudah kepada mereka dan pada pendapat saya, kami akan menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk mencari bekalan selesa.
“Melihat perjalanan skuad negara dalam kejohanan ini, ‘skrip’ kami bagaikan sama dengan edisi 2010. Saya berharap magis skuad negara akan berulang selain menyeru kepada peminat agar datang memberikan sokongan kepada kami,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1207&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz2EJieZFxF 
Hakcipta terpelihara 




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers