Priyanka Chopra
Priyanka Chopra
PELAKON sedang meningkat naik, Priyanka Chopra, kini dilihat semakin teruja menjalin kerjasama dengan pelakon handalan, Salman Khan.

Terbaru, Priyanka dan Salman dikhabarkan sedang berada di Dubai untuk membuat persembahan menghiburkan peminat mereka di sana.

"Priyanka begitu bersemangat sehingga tidak mahu melepaskan peluang menjalinkan kerjasama dengan Salman. Dia juga sanggup meluangkan masa dalam jadualnya untuk terus bekerjasama dengan aktor itu.

"Dia mahu terus menjalinkan kerjasama itu kerana sedikit sebanyak dapat memberi kelebihan terhadap kariernya memandangkan nama dan kebolehan yang dimiliki Salman merupakan pengaruh yang besar dalam industri Bollywood," kata sumber.