Karisma Kapoor
Karisma Kapoor
SETELAH beberapa tahun berehat daripada bidang lakonan, aktres Karisma Kapoor kini kembali mewarnai industri hiburan Bollywood.

Menurut Karisma, kali ini penampilannya dalam industri lakonan tidak seperti dulu kerana dia mahu lebih selektif dalam menerima tawaran watak yang bersesuaian dengan statusnya sebagai seorang isteri dan ibu.

"Saya perlu lebih selektif untuk memastikan lakonan saya diterima dengan baik. Mungkin watak yang sesuai dengan saya tidak banyak, namun saya tetap dengan pendirian saya.

"Bagi saya sekarang, anak dan keluarga adalah perkara terpenting dan bidang lakonan hanyalah untuk mengisi masa lapang saya," katanya yang bakal membintangi filem seram 'Dangerous Ishhq' arahan Vikram Bhatt.