Salman Khan
Salman Khan
PELAKON popular, Salman Khan memberi jaminan, filem terbaru lakonannya 'Dabangg 2' menampilkan kelainan berbanding musim pertama yang ditayangkan pada 2010 lalu.

Salman berkata, jalan cerita yang terkandung dalam filem kedua ini amat berbeza dan penonton tidak akan rugi menontonnya.

"Untuk filem kedua ini kami tampilkan kelainan dengan menyelitkan beberapa elemen dan babak yang menarik bagi memastikan ianya tidak sama seperti filem pertama.

"Secara keseluruhannya, Dabangg 2 memiliki kelebihan dan kekuatan yang tersendiri," katanya.

Dabangg 2 yang membariskan pelakon hebat seperti Salman Khan, Sonakshi Sinha, Prakash Raj, Arbaaz Khan dan Vinod Khanna ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh India, bermula 21 Disember ini.