Shahid Kapoor
Shahid Kapoor
AKTOR Shahid Kapoor akui tumpang gembira dengan perkahwinan bekas teman wanitanya, Kareena Kapoor dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat pelakon jelita itu.

Biarpun hubungan cintanya tidak kesampaian bersama Kareena, Shahid mengakui tidak pernah kesal mengenali aktres itu.

"Apa yang berlaku telah berlalu dan sekarang saya mahu teruskan hidup seperti biasa. Biarlah kisah itu jadi kenangan dan saya tidak perlu mengulasnya lagi.

"Saya gembira dengan kehidupan sekarang dan saya sentiasa mendoakan kebahagiaan Kareena dengan pasangannya sekarang," ujarnya.