Wednesday 9 January 2013

Filled Under:

HOT!! Nadiya Nisaa Tak Sangka Adam Hawa Cetus Fenomena



Nadiya Nisaa Tak Sangka Adam Hawa Cetus Fenomena

 Sebelum ini nama pelakon Nadiya Nissa tidaklah sepopular sekarang. Walaupun berbakat besar, namun hanya beberapa individu sahaja yang menyedari bakat istimewa dimiliki pelakon manis ini.

Tetapi sebenarnya Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 20111 serta Aktres Harapan Terbaik FFM 2004 ini tidak sedikit pun merungut kerana lambat dikenali serta mengecap populariti.

"Saya percaya kena ada 'luck' dalam dalam industri ni, ramai yang berbakat tapi tidak berpeluang dan tidak diberi peluang. Saya pula bertuah kerana telah diberi peluang oleh pengarah Osman Ali yang telah memberi kepercayaan untuk saya berlakon dalam karya-karyanya.

"Tuah saya kerana telah ditawarkan membawa watak utama di dalam drama bersiri Adam dan Hawa. Saya sendiri pun tak sangka drama itu telah mengangkat nama saya sehingga dikenali seperti sekarang," katanya ketika dihubungi murai.com.my.

Nadiya turut mengakui pada mulanya agak berat untuk dia menerima tawaran daripada pengarah, Mohd Feroz Abd Kader untuk membawakan watak Hawa kerana masa penggambaran mengambil masa sehingga 5 bulan.

"Bukan mudah nak beri komitmen sehingga lima bulan tapi keputusan saya untuk 'berkorban' selama lima bulan itu sebenarnya berbaloi. Terima kasih kepada yang telah menonton dan menyokong Adam dan Hawa selama berbulan-bulan tanpa jemu," katanya lagi.

Nadiya sempat berkongsi pengalaman menarik sepanjang memegang watak sebagai Hawa di dalam drama bersiri popular itu.

"Agak bangga juga dalam pada orang duk 'gilakan' drama Korea, masih ada yang masih menghargai karya tempatan! Adam dan Hawa sebenarnya bagi saingan kepada drama Korea. Terima kasih kepada yang menyokong karya kita.

"Sungguh saya tak sangka Adam dan Hawa cetus fenomena luar biasa sehingga mencatat rating tertinggi. Ada peminat dari Singapura dan Brunei beritahu yang mereka sanggup tunggu untuk menonton Adam dan Hawa secara online. Pengorbanan daripada semua fans saya hargai. Syukur Alhamdulillah," tambah Nadiya.

Kepada peminat-peminat drama bersiri popular adaptasi novel terlaris tulisan Aisya Sofea ini, teruskan bersama Astro Mustika, saluran 134, jam 10 malam, untuk menyaksikan episod kemuncak Adam dan Hawa (episod 77 hingga 80) yang bermula sejak semalam (Isnin) sehingga Khamis ini
.sumber





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers