Wednesday 9 January 2013

Filled Under:

HOT!! Trend Rambut Anne Hathaway dan Elfira Loy



 
Trend  Rambut Anne Hathaway dan Elfira Loy

 Kedua-dua aktres ini mempunyai tenaga dan personanya tersendiri. Muda, cantik dan berbakat besar, itulah kelebihan yang dimiliki bintang Hollywood, Anne Hathaway serta pelakon sensasi tempatan, Elfira Loy.

Malah kerana itu juga soal penampilan dan imej sering diambil kira bagi memastikan aura serta persona mereka sentiasa menjadi perhatian dan tidak mudah dilupakan.

Duta Maybelline, Elfira Loy yang sangat sangat terkenal dengn imej kening tebal bercantum telah tampil dengan gaya rambut terkini.

Daripada gaya rambut panjang mengurai yang sering didandan ikal, kali ini pendukung utama Dalam Hati Ada Taman itu telah mencuba sesuatu baru iaitu potongan rambut fringe, tetapi masih panjang.

Sekali imbas, riak wajah Elfira Loy tidak tumpah bak kebanyakan penyanyi K-Pop yang semakin menjadi perhatian ramai remaja ketika ini.

Bercakap kepada portal murai.com.my, Elfira berkata potongan rambut terbarunya itu tercetus secara tidak disengaja, apatah lagi dia mula merasakan sudah masanya untuk tampil berbeza daripada kebiasaan.

Apa yang lebih penting kata Elfira Loy, gaya rambutnya itu nyata lebih mudah diurus dan menarik pandangan ramai kerana lebih feminin tetapi tetap stylish.

Benar kata Elfira Loy itu. Ketika hadir dalam sebuah majlis fesyen baru-baru ini, dia telah memilih gaya keremajaan bersama top biru merah Marc by Marc Jacob yang disepadangakn dengan seluar pendek dan lenggings hitam. Terselah jiwa K-Pop dalam dirinya.

Berbanding pula dengan ratu permaidani merah, Anne Hathaway yang mengambil keputusan nekad dengan memotong rambut coklatnya yang panjang mengurai itu kepada gaya potongan pendek atau pixie.

Bukan sebarang nekad, semuanya kerana bagi menjayakan watak yang dipegangnya di dalam filem terkini lakonannya Les Miserables yang sudah ditayangkan di panggung ketika ini.

Beberapa laporan menyebut bahawa Anne Hathaway dengan rela hati telah memotong pendek rambut coklat ikalnya itu meskipun tidak diminta pengarah berkenaan Bagaimanapun keputusan yang diambil itu telah menyebabkan dia mengalami trauma dan menangis teresak-esak kerana sukar untuk meninggalkan gaya rambut panjang lamanya itu.

Malah Anne Hathaway pernah menyebut, agak sukar atau berat hatinya untuk memotong rambut pendek berbanding membuat aksi lagak ngeri seperti terjun tingkap.

Walaupun dia kini berambut pendek seperti tomboy, namun Anne Hataway masih berjaya menyerlahkan penampilannya supaya sentiasa feminin, kemas, bergaya dengan pemilihan persalinan elegan.sumber




1 comments:

  1. x minat Elfira Loy, minat Anne Hathaway je.haha

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

Followers