Sunday, 20 January 2013

Filled Under:

Kenapa Sami Buddha Suka Mengemis ?



Mungkin Anda pernah bertemu dengan sami-sami (Monk) agama Buddha yang sedang mengemis. Apakah tujuan mereka mengemis?. Adakah Mereka mengemis kerana kelaparan tanpa makanan? Adakah mereka mengemis untuk menambahkan kekayaan?.  Adakah mereka mengemis kerana malas untuk berkerja?.  Adakah semua pengikut agama Buddha wajib mengemis?.


Tidak ! Semuanya tidak ! itu sebuah kewajipan dalam agama Buddha bagi pengikut-pengikutnya yang ingin menjadi Buddha dan mencapai tahap Nirvana sahaja. Buddha bermaksud seseorang yang telah bebas dari ikatan dunia dan putaran kehidupan atau seorang yang telah mengenal dirinya (Enlighten Person).

Seorang yang ingin mengenal dirinya sendiri, Wajib untuk  membuang perasaan saya dan egonya. Apa itu saya? Saya yang di maksudkan di sini ialah perasaan bangga, nafsu, keinginan, kehendak, cita-citanya dan sesuatu yang boleh mengaitkan dengan dirinya. Setiap orang hanya melakukan sesuatu untuk memuaskan nafsunya, mindanya, badannya atau dirinya sendiri. Apabila seorang berjaya membersihkan dirinya dari segala kehendak dan keinginan dia sudah bebas dari ikatan dunia ini.

Agama Buddha telah mewujudkan beberapa syarat dan panduan untuk mengemis. Sami yang ingin meminta sedekah tidak boleh meminta dengan ucapan, tidak boleh mengemis di kedai, tidak boleh mengetuk atau membuka pintu rumah orang. Seorang sami hanya boleh mengemis makanan dan pakaian sahaja dan tidak boleh menerima wang tetapi pada hari ini ada beberapa kepercayaan membenarkan saminya menerima wang. Sami yang mengambil sedekah tidak boleh meminta melalui lisan, mereka hanya dibenarkan untuk berdiri di hadapan orang atau di hadapan pintu rumah orang, kalau orang atau penghuninya memberi, mereka boleh menerimanya kalau tidak kena tinggalkan dan beralih ke rumah berikutnya.

Mengemis bukan sebuah amalan yang mudah; Hanya seorang yang sebenar-benar menghilangkan perasaan egonya dapat mengemis. Mengemis dalam agama Buddha adalah sebuah latihan rohani, ia bertujuan untuk mewujudkan beberapa nilai murni yang penting kepada Buddha tersebut. Nilai murni yang cuba diajar ialah  perasaan rendah diri, membuang ego, mengajar penderitaan dunia ini, mengenal kelaparan, membezakan diri dari badan dan sebagainya. Pada masa yang sama menanggung penderitaan dalam kehidupan dan mengemis dapat membuang karma dan dosanya.
SUMBER




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers