Mandian air
panas mungkin kedengaran agak biasa dan tiada apa yang kelihatan
menarik..Namun, bagi mereka yang mahukan kelainan, terdapat sebuah pusat
mandian di Belarus yang menggunakan bir sebagai bahan asas mandian
mereka..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..
Seorang lelaki di
Minsk, Belarus telah mencipta suatu perniagaan yang luar biasa. Dia
telah membuka sebuah pusat kecantikkan pertama untuk kaum lelaki dan
akhirnya mula mendapat perhatian besar-besaran hasil daripada spa
mandian bir.
20 minit sebelum
ketibaan pelanggan, pihak spa akan mengisi sebuah bekas mandian kayu
khas dengan 100 liter air dan 20 liter bir. Prosedur penyediaan yang
digunakan amat senang dan mudah untuk dilakukan.
Menurut pihak spa,
bir dikatakan kaya dengan Vitamin B yang baik untuk kulit dan rambut.
Selain itu, mandian tersebut dapat membantu menyembuhkan sakit sendi dan
mempunyai kesan antibakteria. Anda hanya perlu membelanjakan sebanyak
US$35 untuk satu mandian.
0 comments:
Post a Comment