Monday, 21 January 2013

Filled Under:

Lukisan Yang Dilukis Dengan Menggunakan Bir



Buat penduduk di negara-negara Barat, minuman bir (beer) mungkin merupakan minuman yang mampu memanaskan tubuh badan sewaktu musim sejuk..Namun, bagi seorang pelukis, minuman bir juga boleh menjadi bahan untuk melukis sesuatu lukisan..Nak tahu siapa artis dan hasil karya beliau, meh usha kat bawah ni..


Bagi Karen Eland, seorang pelukis, lebih gemar menggunakan air minuman bir sebagai bahan untuk melukis berbanding menggunakan cat lukisan yang biasa.

Pada mulanya, beliau mula melukis dengan menggunakan air kopi dan adakala nya dengan menggunakan air teh dan arak, namun pada akhirnya, beliau mula mencuba untuk melukis dengan menggunakan air bir.

Menurut Karen, air bir juga mempunyai ciri yang hampir sama dengan cat lukisan warna yang lain namun harus berdepan dengan beberapa masalah. Sekiranya masalah tersebut berlaku, kertas akan mengelupas. 

Semenjak Karen Eland mula melukis menggunakan air bir, dia berjaya menyiapkan beberapa pesanan lukisan dan label minuman bir untuk kedai-kedai arak dan restoran.



sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers