Bagi
sesetengah masyarakat, pornografi mungkin merupakan bahan lucah yang
sering ditemui pada zaman moden..Namun siapa yang sangka, pornografi
juga pernah wujud kira-kira 28,000 tahun yang lampau..Kalau nak tahu,
meh baca cerita kat bawah ni..
Australia - Sebuah lukisan erotik purba telah ditemui oleh seorang ahli arkeologi pada bumbung gua di sebuah gurun berdekatan Arnhem Land, Australia Utara.
Ahli arkeologi,
Byrce Barker yang juga merupakan seorang profesor dari University of
Southern Queensland mengatakan lukisan yang serupa juga pernah ditemui
di Gua Chauvet, Perancis dan gua-gua di Sepanyol utara yang mempunyai
usia yang lebih tua iaitu kira-kira 30,000 tahun hingga 40,000 tahun.
"Apa yang
membuatkan ia kelihatan unik adalah kerana ia dilukis pada arang, di
mana tarikhnya mudah diperolehi," kata Barker seperti yang dikutip oleh
Time of India.
Gambar erotik
tersebut telah dilukis disebuah kawasan berbatu besar bernama Narwala
Gabarnmang, di mana keseluruhan tiang dan bahagian bawah batu tersebut
mempunyai lukisan gua zaman purba. Satu-satunya jalan masuk ke kawasan
tersebut adalah dengan menggunakan helikopter iaitu kira-kira 90 minit
perjalanan dari bandar pedalaman Katherine.
Lukisan tersebut
kelihatan amat sederhana berdasarkan cat yang hanya menggunakan warna
merah dan putih sahaja. Namun, ia jelas menunjukkan imej seseorang
sedang bersetubuh.
Selain itu, gambar
erotik berkenaan tidak hanya menunjukkan satu imej sahaja, malah
masyarakat purba pada ketika itu telah membuat satu cerita tentang seks
hasil daripada rangkaian gambar-gambar tersebut.
Kali pertama ahli
arkeologi dibawa ke tempat tersebut adalah kira-kira 5 tahun yang lalu
oleh penjaga kawasan terbabit. Ia bertujuan untuk menunjukkan hasil seni
purba yang terdapat di situ dan pada masa yang sama mendedahkan rahsia
sejarah lukisan berkenaan.
"Kami baru sahaja
menggali sebahagian kecil dari kawasan tersebut dan berharap untuk
menemui lebih banyak hasil seni purba yang berusia lebih daripada 28,000
tahun di sini," ujar Barker lagi.
Sumber: Inilah.com
Kenapa nampak lain jer blog ni... dan Satu widget pun xde.
ReplyDeletep/s : verification word tu tolong le disable. Leceh le.