Saturday, 23 February 2013

Filled Under:

BENARKAH RACUN LABAH2 BOLEH GANTI VIAGRA ?

Phoneutria nigriventer     


Seekor labah-labah yang dikenali dengan labah-labah pisang diketahui mempunyai racun yang sangat berbahaya. Namun, pada saat yang sama, racun labah-labah ini berpotensi mengubati gangguan ereksi lelaki.

Labah-labah yang dimaksudkan merupakan jenis Phoneutria nigriventer, anggota dari keluarga Ctenidae. Labah-labah ini berasal dari Afrika Selatan namun menyebar seiring penyebaran pisang yang menjadi relung habitatnya.

Diketahui sebelumnya, gigitan labah-labah jenis ini boleh menyebabkan sesak nafas, tremor, air liur berlebihan, dan bahkan boleh mengakibatkan kematian jika jumlah racun yang masuk cukup besar.

Akibat lain, seperti yang terungkap berdasarkan hasil kajian, racun labah-labah ini boleh menyebabkan priapism, ereksi berpanjangan yang boleh merosakkan rangkaian zakar secara kekal.

Kerana boleh menyebabkan ereksi berpanjangan, penyelidik bertanya-tanya apakah racun ini juga boleh mengatasi masalah ereksi lelaki, seperti halnya Viagra, Levitra dan Chialis yang beredar saat ini.

Kenia P. Nunes PhD dan rakannya cuba mengujicobakan racun labah-labah itu pada tikus. Hasilnya, racun tersebut memang terbukti mengubati gangguan ereksi yang dialami oleh tikus yang sudah tua.

Racun labah-labah tersebut bernama PnTx2-6. Dilaporkan National Geographic, Isnin (10/9/2012), racun labah-labah itu mengubati ereksi dengan mencetuskan pelepasan nitrit oksida yang merelaksasi dinding pembuluh darah dan melancarkan peredaran darah di kawasan zakar.

Hasil kajian ini diterbitkan di Journal of Sexual Medicine.



sumber;-gedik sihat.com




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers