gambar hiasan |
Seorang perempuan dituntut kerana berusaha menjual bayi lelakinya untuk membeli kereta, demikian keterangan polis pada hari Selasa. "Nenek bayi tersebut menjadi broker dan mulanya meminta bayaran 75.000 dollar AS, tetapi bersetuju untuk mengurangkan harga 30.000 dollar AS ketika diberi tahu 'calon pembelinya 'tak boleh memperoleh pinjaman dari bank, "kata Jabatan Urusan Undang-Undang Florida (FDLE). Ibu dari bayi yang berusia lapan pekan tersebut, Stephanie Bigbee Fleming (22), dari Bradenton, Florida, dirancang menerima 9.000 dollar AS dari jualan bayinya, kata FDLE. "Fleming merancang membeli satu kenderaan baru dari wang yang diterimanya," kata wanita jurucakap FDLE. Fleming juga memerlukan wang untuk membayar kos mahkamah kerana ia melanggar hukuman percubaan yang tak berkaitan dengan kes penjualan bayinya, demikian isi dokumen penangkapannya. Fleming ditangkap pada hari Selasa (9/11/2010). Sang nenek, Patty Bigbee (45), ditangkap pada minggu lalu bersama teman lelaki, Lawrence Works (42), kedua-duanya dari Holly Hill, Florida. Ketiga orang itu menghadapi dakwaan penjualan anak secara gelap, dan Bigbee juga dituntut melakukan penipuan komunikasi, kata jabatan tersebut. Menurut laporan penangkapan itu, Bigbee menawarkan untuk menjual bayi tersebut kepada seorang perempuan kerabat pada bulan Oktober, dan menjelaskan ia telah merawat cucunya, tetapi " bukan sebagai ibu ". Kerabatnya tersebut memberi tahu polis dan bekerja sama dengan mereka selama perundingan. Bigbee dan Works ditangkap ketika mereka menguangkan cek sebanyak 30.000 dollar AS di kaunter dan menyerahkan bayi itu kepada seorang pegawai polis yang berpakaian preman di satu tempat letak kereta Daytona Beach, kata polis. Bayi tersebut masih berada di dalam jagaan negara.
sumber;- Bernama.
0 comments:
Post a Comment