Saturday, 23 February 2013

Filled Under:

TEKNOLOGI TERKINI ANGKASAWAN BOLEH CETAK MAKANAN DI LUAR ANGKASA





Selama ini, para angkasawan di International Space Station berlangsung dengan makanan bungkusan yang variasi rasa dan bentuknya membosankan. Tapi, kebosanan itu bakal akan berlalu dengan adanya teknologi pencetak 3D.

Jeffrey Lipton, penyelidik dari Cornell University, Amerika Syarikat, membuat pencetak 3D khusus yang digunakan untuk mencetak makanan. Printer itu diberi nama Fab @ Home 3D Food Printer.

Mesin ini direka agar mampu mencetak makanan dengan pelbagai rasa dan tekstur, menyerupai makanan asalnya. Bahan asas yang digunakan adalah suspensi hidrokoloid yang boleh dimakan dan penambah rasa.

Uniknya, printer boleh menyusun lapisan rasa makanan. Printer boleh meniru cara mulut merasakan pelbagai makanan.

Michelle Terfansky, astrnot dan penyelidik dari University of Southern California mengatakan bahawa pencetak 3D boleh membuat makanan angkasawan lebi mengghairahkan. Saat ini, makanan mereka masih jauh dari ideal.

Ia menambah, pencetak 3D akan mampu mengurangkan penggunaan ruang dan jumlah sampah yang dihasilkan dengan semakin kurangnya bekas kosong yang perlu dibersihkan.

Saat ini, beberapa halangan masih perlu dipecahkan. Lipton mengatakan, saat akan mencipta makanan seperti keju mozarella atau cendawan, rasanya memang mirip tetapi tetap terasa berbeza, belum seperti yang diharapkan. Keadaan itu disebut "the uncanny valley food".
SUMBER;-DISCOVERY




1 comments:

  1. Haii..lepas ni angkasawan semua kena belajar makan kertas yang berperasalah nampak gayanya.

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

Followers